10/11/2009

Chaiyok!!!

22nd Syawwal 1430/11th Oct 2009
7:13 am


Subhanallah.. Subhanallah… Subhanallah… walhamdulillah… Maha Suci Allah… Aku panjatkan sepenuh kesyukuran hanya pada Tuhanku yang Maha Pemberi Rezeki lagi Maha Penyayang….
Alhamdulillah setelah sebulan aku berhempas pulas memohon pekerjaan, akhirnya aku kini, sudah 4 hari, mula bekerja. Subhanallah waAllahu Akbar…. Sesungguhnya Allah itu Maha Bijaksana… Aturan Allah itu sungguh cantik sekali. Kini aku berpeluang untuk bekerja di dalam study environment yang aku amat selesa dengan. Sebelum ini aku pernah pergi ke interview untuk jawatan Management Trainee. Aku tidak dapat membayangkan bagaimana untuk bekerja dalam suasana yang serius di pejabat.


Namun, Allah itu Maha Mengetahui. Dia Maha Tahu akan apa yang terbaik buat hambaNya, dan mempermudahkan jalanku. Teringat kembali pada tanggal 24th September 2009, di mana sepatutnya aku pergi ke interview untuk Management Trainee di CIMB. Semalaman aku membuat persediaan untuk interview tersebut. Aku tahu itu bukan dalam skop minat ku. Tetapi, pada waktu itu, aku memasang semangat untuk terus berusaha. Aku tahu pada saat ini aku tidak boleh memilih pekerjaan. Jadi aku terus membuat persiapan (belajar tentang finance, investment, banking….)

Pada pagi itu, hatiku terasa semacam. Hatiku terasa amat berat untuk pergi ke interview tersebut. Walaupun pada waktu itu aku sudah lengkap berpakaian kemas dan formal. Namun, tidak semena-mena aku dikurniakan ilham untuk membatalkan interview tersebut, dan sebaliknya, menuju ke Universiti Malaya untuk bertemu dengan Prof Zahari (thanx Sarah…)

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran hanya pada Allah, aku dan seorang lagi rakanku berjaya mendapat pekerjaan di tempat itu. Malah, aku berpeluang pula untuk menyambungkan pelajaran ke peringkat Master dan seterusnya ke peringkat PhD. Yang lebih mengharukan, aku berpeluang untuk menerokai bidang yang aku minati untuk projek Masterku.


Oleh itu rakan-rakan pembaca, jangan pernah berputus harap. Allah itu nggak pernah tidur… (bak kata mak Sekar). Allah sentiasa memasang rencana untuk kita. Dia sentiasa memberikan apa yang terbaik untuk kita. Yang penting banyaklah berdoa kepadaNya. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, lagi Maha Pengabul Doa. Rezeki itu datang dariNya jua. Hanya Dia yang Berkuasa untuk menurunkan hujan dan menumbuhkan tumbuhan di atas tanah yang kering kontang.
"Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa khabar gembira, mendahului kedatangan rahmatNya (hujan), sehingga apabila angin itu membawa awan mendung Kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu. Kemudian kami tumbuhkan dengan hujan itu pelbagai macam buah-buahan..." (7:57)

Begitu juga Dia berkuasa untuk mengembalikan harapan kita setelah impian itu sedikit-demi sedikit hilang dari pandangan. Namun, selagi kita mempunyai keyakinan pada Allah dan tidak putus-putus berdoa, mengikut suruhanNya, dan meninggalkan laranganNya, insya Allah, Allah tidak akan menginggalkan kita….

"Dan Tuhanmu berfirman, 'Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagimu..." (40:60)



Wallahu a’lam…

1 comment:

nurinkhairi said...

alhamdulillah, han.. semoga awak berjaya..
semakin kita melangkah, semakin banyak tanggungjawab yang perlu kita pikul..aku sendiri pun lately terpaksa berdepan dgn pelbagai pilihan yang mana terpaksa memilih salah satu, dgn harapan kpd Allah semoga pilihan aku adalah yg terbaik.. ko doakan la kitorang yang final year kat sini ye..hehehe..