2/26/2009

Sejarah itu Tauladan

29 Safar 1430/24th February 2009
9:31pm


Beberapa hari yang lalu, aku dan beberapa sahabatku yang lain telah diberi amanah dan tanggungjawab yang sangat berat buatku. Walaupun tanggungjawab ini telah ku expect untuk kupikul semenjak beberapa bulan yang lalu, walaupun sejak beberapa bulan yang lalu aku tekun mengulangkaji, namun, perasaan gementar tetap tak dapat kubuang dari diriku ini.

Kami diminta untuk menyampaikan satu presentation kepada adik-adik yang baru sahaja tiba di Sheffield ini. Presentation mengenai sejarah. Sejarah kita. Sejarah KITA. Sejarah yang telah pun dilupakan oleh kebanyakan dari KITA. Sejarah yang telah banyak mengajarku untuk berubah. Sejarah yang telah berjaya mencelikkan mataku kembali, memahami perananku yang sebenar.

Dahulu, sewaktu aku baru tiba di Sheffield, aku seperti adik-adik ini. Yang hanya berfikir datang ke UK hanya untuk belajar. Hanya untuk mencari pengalaman di bumi asing. Dan datanglah kakak senior ini yang banyak membantuku. Membimbingku. Dan mengajarku. Dan banyak kali juga dia mengingatkan aku. Aku ini bukanlah hanya seorang pelajar semata-mata. Aku ini lebih dari itu. Perananku ini besar. Perananku ini sama seperti para sahabat Rasulullah SAW. Perananku ini besar. Kerana aku ini adalah penyambung tugas Rasulullah SAW.

Terasa berat bahu ini memikul tanggungjawab itu. Terasa berat. Terasa diri ini tidak layak. Diri ini tidak banyak ilmu. Aku bukanlah ustazah-ustazah lepasan Univeristy Al-Azhar. Masakan manusia seperti aku ini layak untuk menyampai dakwah seperti Rasulullah SAW???!!!

Namun, kakak itu menceritakan kepadaku tentang satu kisah sejarah. Sejarah kita. Sejarah KITA. Parameswara? Hang Tuah? Nenek moyang? NO!!! Malah, sejarah kita lebih dari itu. Sejarah kita amat panjang. Sejarah KITA sebagai seorang muslim ini bermula dari bapa kita Adam AS.

Mendengarkan sejarah ini, bagaimana dahulu Rasulullah SAW bersusah payah menaikkan Islam. Dalam keadaan Baginda hanya seorang diri. Baginda juga buta huruf. Tidak pun pergi ke university. Baginda juga bermula dari zero. Namun, Jibril mengajar Baginda satu persatu. Baginda juga ketakutan. Sehingga menggigil badan Baginda. Mujur Baginda dikurniakan seorang isteri yang sangat penyayang dan memahami. Lalu isteri Baginda, Khadijah RA menenangkan Baginda. Inilah kebaikan untuk kita memilih pasangan hidup yang sama-sama memahami perjuangan kita. Apabila kita lemah, suami atau isteri kita akan kembali memapah kita dan menyokong kita dalam perjuangan ini.

Daripada sejarah ini juga, aku mengetahui akan kedudukan sebenar Islam ini. Dahulu, Islam ini gah. Dahulu Islam ini hebat. Dahulu, tiada ketakutan akan ancaman terhadap orang Islam. Tidak seperti sekarang. Sekarang, kita sentiasa tewas pada mereka. Sekarang, kita hanyut dalam propaganda mereka. Sekarang, kita tunduk pada Khalifah Syaitan!!!!

Aku sedih mengenangkan perkara ini. Mengapa jadinya begini?? Mengapa Islam dahulu dipandang hebat, namun sekarang dipijak-pijak sahaja? Mengapa??

Soalan itu harus kutanyakan pada diriku sendiri. Bolehkah khalifah islam itu boleh tertegak jika tiada pendukung yang boleh meneruskan perjuangan Rasulullah SAW dahulu? Bolehkan khilafah islamiyah boleh tertegak apabila rata-rata orang islam melakukan kerosakan dan maksiat di muka bumi Allah ini. Layakkah aku menuntut hak khilafah ini sedangkan aku masih duduk mendiamkan diri tanpa melakukan sebarang tindakan?

Habis tu, bagaimana????

Di situlah peranan kita. Menyorot kembali sejarah kita, bagaimana Rasulullah SAW berusaha berkorban jiwa dan raga hanya untuk mempertingkatkan iman sahabat-sahabat Baginda. Sudah banyak keringat dan darah yang tumpah hanya kerana ingin melekatkan aqidah yang tinggi di dalam hati mereka pada saat itu. Berpenat lelah Rasulullah SAW mendidik para sahabat untuk bertajarrud. Menanggalkan karat-karat jahiliyyah yang masih melekat dalam hati mereka. Maka lahirlah tokoh-tokoh atau pun idola-idola atau pun hero-hero islam seperti Abu Bakar as-Siddiq, Umar ibn Khattab, Bilal, Amru ibn al-‘As dan ramai lagi. Apabila lahir manusia-manusia logam seperti ini, barulah islam itu boleh tertegak. Barulah manusia boleh melihat akan cantiknya islam yang terpancar dari akhlaq mereka. Barulah manusia lebih mudah tertarik dan terikat dengan islam apabila sahabat-sahabat Baginda ini menyeru kalimat Tuhan yang Maha Esa.

Tidak mustahil untuk kita semua boleh menjadi manusia-manusia logam seperti itu. Lihat sahaja Syeikh Syahid Hassan al-Banna. Beliau mendapat kesedaran untuk berdakwah pada waktu Islam telah jatuh. Dan lihat bagaimana beliau mula menarik sedikit demi sedikit manusia untuk bekerja bersamanya. Untuk meningkatkan tarbiyyah dan dakwah ke seluruh dunia. Dan usahanya berterusan hingga kini.

Sungguh. Aku ingin menjadi manusia seperti itu. Aku ingin menjadi manusia logam. Aku yakin aku mempunyai kekuatanku sendiri yang boleh aku sumbangkan kepada islam. Yang boleh membuatkan lebih ramai lagi orang tertarik keapda keindahan islam ini. Sungguh. Islam ini memang indah.

Kini, perananku telah tiba. Kisah sejarah yang telah berjaya merubah persepsiku terhadap apa erti islam itu sebenarnya, sejarah yang telah melonjakkan semangatku untuk terus bekerja demi menegakkan islam, aku ceritakan semula kepada adik-adikku di Sheffield ini. Aku yakin, mereka juga permata-permata yang perlu digilap. Permata-permata yang sangat berharga. aku ingin mereka merasai apa yang aku rasakan pada saat ini. Aku ingin berkongsikan semangatku ini bersama mereka. Mudah-mudahan Allah membuka hati-hati mereka. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang berkuasa mencampakkan hidayah ke hati-hati hambaNya.

Semoga kalian yang membaca kisah ini juga dapat merasa percikan semangat ini. Aameen…

Wallahu a’lam…