8/22/2008

Wutt shud I do??

14 Sya’ban 1429/15th August 2008
7:10 pm



Kepala bercelaru. Penat sudah aku berfikir. Pelbagai aspek telah kuambil kira. Baik dan buruk aku sudah senaraikan. Namun, hatiku masih lagi tidak keruan. Aku takut aku terambil langkah yang salah. Tidak. Langkah itu tidak akan salah. Cuma berbaloi atau pun tidak. Itu sahaja. Dan soal keselamatanku juga perlu dititikberatkan. Apa yang perlu aku lakukan?? Apa keputusan yang perlu kuambil???

Di saat aku ingin membuat keputusan ini, aku mula lupa. Aku menjadi seperti hilang arah. Bukanlah aku sudah gila. Tapi, mengapa tidak aku memberikan priority yang lebih kepada objektif keputusan itu perlu dibuat? Aku tahu kenapa. Kerana perkara-perkara sampingan yang tidak dapat atau susah untuk aku korbankan demi mencapai objektif tersebut.

Kini aku menyedari bahawa aku masih lagi tidak dapat mengikiskan karat-karat jahiliyyah dalam hatiku. Aku masih tidak dapat mengorbankan kesenangan yang sedang aku kecapi pada saat ini. Aku tidak mengambil kira, atau tidak ada dalam bayanganku, the rewards I’ll receive if I do something for the sake of Allah. Tapi, mengapa kesenangan sementara itu yang menjadi batu penghalang aku untuk melakukan sesuatu yang boleh membantu agama suci ini? Duit? Bukannya aku tiada duit. Tetapi, berkurangnya jumlah wang di tanganku menyebabkan hatiku menjadi gelisah. Padahal siapakah yang memberikan aku rezeki kalau bukan Allah? Only Allah. No other. Not MARA, not my father.

Aku terfikir, pernahkah aku berasa gelisah jika berkurangnya amalanku dalam sehari? Pernahkah aku gelisah jika bertambahnya dosa yang tercatat di kitab amalanku? Dan pernahkah aku gelisah jika aku membelanjakan wangku untuk benda-benda keduniaan? Ya Allah! Satu demi satu jawapan, menyebabkan hatiku meruntun sedih, kerana semakin alpanya aku tentang Allah, hanya kerana perkara-perkara yang kecil. Betullah, jangan disangka perkara-perkara yang kecil ini boleh dimaafi, kerana perkara-perkara kecil inilah boleh membawa kepada maksiat yang lebih besar. Na’uzubillah min zaalik…

Namun, sukarnya diriku untuk mendidik hati ini supaya menyingkirkan daki-daki jahiliyyah. Memang benar. Mungkin aku solat. Mungkin aku berzikir. Mungkin aku berpuasa sunat. Tapi cukupkah amalan itu untuk aku membuang terus kemaksiatan yang bermaharajalela di hatiku? Aku tahu masih tidak cukup amalanku itu. Kerana aku kerap sekali terlalai. Lebih banyak masaku di dalam sehari dihabiskan memikirkan hal-hal dunia berbanding akhirat. Mengapa masih tidak cukup?

Bukan kuantiti yang kita cari. Bukan sebanyak mana amalan yang kita buat yang dikejar. Tetapi kualiti setiap amalan yang kita lakukan. Bukan selama mana kita melakukan solat itu yang menjadi ukuran baiknya amalan kita, tetapi khusyuknya solat kita itu yang menjadi kayu pengukur. Bukannya berapa hari kita berpuasa sunat, tetapi sebanyak mana puasa sunat kita itu berjaya menahan kita daripada nafsu.

Jika kualiti setiap amalan kita itu berjaya dicapai, insya Allah, hati kita semakin lama semakin bersih. Allah akan menolong kita, akan memimpin kita, akan menggerakkan hati kita lebih kepada kebaikan. Allah asy-Syakur. Allah tidak akan mensia-siakan usaha kita memperbaiki setiap amal ibadat kita. Seperti dalam firman-Nya:
“…maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaan; sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu; dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.” (91:8-10)

Di dalam firman Allah tersebut menunjukkan, barangsiapa yang berusaha untuk menyucikan jiwanya, iaitu berusaha untuk memantapkan amal ibadatnya, maka Allah akan menggerakkan hati dan jiwanya ke jalan yang lurus, yang menuju ke arah ketaqwaan. Dan begitulah sebaliknya.

Berdoalah kita supaya Allah mengurniakan pada diri kita hidayah dan taufiqNya kepada kita.


Wallahu a’lam…



p/s: Alhamdulillah, keputusan telah pun dibuat… :)

8/12/2008

Masih Adakah Waktu?

29 Rejab 1429/1st August 2008
10:36 am

Milik siapakah diri ini

Jasad lemah tak bermaya
Ingin diri ini dikurniakan kudrat
Moga diri ini digagahi lagi untuk beribadat kepada Yang Maha Esa
Adakahkan terdaya

Milik siapakah hati ini
Bagai berkurun lama kesepian
Hati kosong tanpa hidayahNya
Kelemasan dalam arus dunia
Ingin hati ini memohon keampunanNya
Kepada Yang Maha Pengampun
Adakah Dia sudi

Lama telah ku dinodai
Karat-karat jahiliyyah
Mengotori taman hati
Yang telah lama dicemari
Yang telah lama lalai dari tanggungjawab hakiki
Namun masihkah ada waktu buat diri ini...
Pabila diri ini di perbaringan
Hanya menunggu Malaikat Izrael datang menjemput
Memisahkan nyawa dari jasad
Tiada lagi penangguhan
Masih adakah lagi ruang taubat buat diri ini?

Saudara-saudaraku,
Bertaubatlah sebelum terlambat,
Selagi pintu itu masih lagi terbuka....