10/22/2008

bz aku bz... tapi....

10 Syawwal 1429/10th October 2008
8:18pm


Minggu ini minggu yang agak mencabar bagiku. Pada hari Selasa lepas, aku telah membuat satu pertemuan dengan supervisorku, Dr. Neil Sims. Aku agak takut pada mulanya, kerana selama dia mengajarku sewaktu 2nd year, aku sentiasa mempunyai impression bahawa lecturerku ini agak tegas orangnya. Maka sejak hari isnin lagi, aku sudah mula membuat background reading tentang MEng Final Year Individual Project ku yang bertajuk “Experiment in Investigating the Shaken Baby Syndrome”. Sewaktu aku menerima tajuk ini, aku sangat-sangat tertekan. Tambahan lagi, tajuk ini amat berkait rapat dengan bidang biomechanic dan memerlukan pengetahuan-pengetahuan tambahan dalam bidang perubatan. Terms yang digunakan dalam pembacaanku juga amat asing bagiku. Di dalam ingin menghadamkan pembacaanku itu, aku juga perlu sentiasa ditemani oleh Mr. Wikipedia untuk menterjemahkan terminology yang digunakan.

Alhamdulillah, Maha Suci Allah, Dr Neil Sims bukanlah seperti yang kujangkakan. Instead of being strict, rupa-rupanya dia merupakan orang yang sangat peramah dan memahami. Dia menceritakan serba-sedikit tentang tajuk projekku itu, dan menerangkan apa yang harus aku lakukan di sepanjang academic year ini bagi menjalankan investigation untuk projek itu. Beliau amat bersabar denganku walaupun aku kelihatan sangat blur dan lost apabila beliau ada menyebut tentang sesuatu yang aku tidak fahami. Beliau tidak membiarkan aku terkapai-kapai, malah beliau menerangkan satu-persatu perkara yang tidak kufahami. Beliau juga menunjukkan kesungguhannya untuk menolongku untuk menaikkan average markahku untuk semester ini tambahan lagi ini merupakan tahun yang amat penting yang bakal menentukan hala tujuku selepas ini. Beliau banyak bertanyakan minatku, dan kemahiranku supaya beliau dapat mengadaptasikan apa-apa sahaja kemahiranku itu di dalam projek ini yang boleh membantuku untuk mendapat markah yang lebih baik. Alhamdulillah, Allah banyak membantuku, dengan memberikan supervisor yang sangat baik hati.

Aku tahu pada minggu ini, dan minggu-minggu yang berikutnya bakal padat dengan kerja-kerja projekku ini. Namun, aku tahu kerja-kerja ukhrawi tidak boleh aku tinggalkan. Kerja-kerja untuk menangkap mad’u (orang yang didakwahkan) tidak boleh diabaikan. Malah, ia merupakan suatu kewajipan bagiku. Namun, sebagai seorang da’ei aku harus pandai untuk membahagikan masaku dengan baik. Aku perlu allocatekan sebahagian masaku untuk belajar, dan sebahagiannya lagi untuk dakwah dan ibadatku. Aku bukanlah seorang pelajar,part-time muslim; tetapi aku adalah full-time muslim yang masih belajar. Belajar itu hanyalah sebagai pelengkap hidupku supaya aku boleh menjadi seorang muslim dan da’ei yang lebih baik. Maka, salahlah aku jika aku sanggup mengabaikan kerja-kerjaku sebagai seorang ‘abid dan da’ei, hanya disebabkan tugasku sebagai seorang pelajar semata-mata. Jika itu terjadi, maka ternyatalah bahawa aku belajar bukan kerana Allah. Astaghfirullah. Na’uzubillah min zaalik.

Walaubagaimanapun, aku bukanlah seorang yang sempurna. I admit that I’m not an ideal person. Aku hanya boleh bercakap, namun untuk mempraktikkan itu bukanlah mudah. Bukan senang untuk melakukan dua kerja dalam satu masa. Sudahlah dengan kerja-kerja projek yang tidak pernah menyusut, apa lagi dengan kerja dakwah yang memang tidak pernah putus. Kadang-kadang aku terpaksa berlaku tidak adil terhadap kedua-duanya. Kadang-kadang aku banyak menghabiskan masa dengan studies, dan kadang-kadang pula aku asyik memikirkan tentang kerja-kerja dakwah di lokalitiku ini hingga terlupa untuk membuat research untuk projekku itu. Memang bukan mudah.

Oleh kerana itu, aku dapat merasakan sokongan dari sahabat-sahabat seperjuangan itu sangat penting. Pernah suatu ketika, apabila aku pernah dipertanggungkawabkan untuk melakukan sesuatu tugasan. Dan pada ketika itu juga aku sedang amat-amat sibuk menghadamkan dua buah journal sebelum 2nd meeting the Dr. Neil, iaitu dalam beberapa hari sahaja lagi. Namun, aku sedar akan tanggungjawabku, yang tugasku sebagai seorang da’ei itu lebih penting. Maka aku hanya menerima sahaja tugasan itu dengan rela hati. Namun, di sudut hatiku masih terbit rasa kerisauan kalau-kalau aku gagal melakukan tugasanku itu dengan baik, dan projekku itu pula akan terbengkalai.

Terima kasih kepada sisters yang banyak memberikan pertolongan dan yang amat memahami akan kesibukan diriku ini. Terima kasih juga kerana banyak mengingatkan diriku supaya menjadi da’ei yang bijak. Seorang da’ei yang baik bukan sahaja seseorang yang hanya pandai menarik mad’u, tetapi juga bijak mengatur hidup supaya lebih produktif, produktif dari pelbagai aspek. Dari segi pelajaran, ibadat dan dakwah. Semua itu sama penting.

Aku amat-amat bersyukur dengan nikmat ukhuwah yang Allah kurniakan kepadaku. Uhibbukunna fillah, ya akhawati....
Aku memohon doa rakan-rakan supaya kita semua dikurniakan kejayaan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Aamin….

10/07/2008

Jangan Kau Pergi.... :(

27 Ramadhan 1429/27th September 2008
10:23 am

Alone in my room. Hari ni baru masuk hari ke-3 aku bermastautin di bilik baruku. Alhamdulillah, keadaan selesa di sini. Walaupun aku berasa agak kekok dengan 2 non-Malaysian housemates ku, namun, aku berusaha untuk membiasakan diri. Lagipun, ini adalah tahun terakhirku di Sheffield. Inilah peluangku untuk aku bersosial pula dengan golongan berbangsa ala-ala Arab. Selama ini aku hanya berada di dalam lingkungan orang-orang Melayu sahaja.

Lagi 2 hari, sesi akademik kami bakal bermula. Cuak. Almaklumlah, final year student. Aku tidak tahu lagi ‘kesengsaraan’ yang bakal menimpa kami. Tambahan lagi, pada tahun ini kami akan dibebani dengan satu module bernilai 40 credit hour, iaitu Individual Project. Module inilah yang amat-amat aku geruni. Bagi mereka yang mempunyai minat yang mendalam dalam bidang kejuruteraan ini, mungkin module ini bukanlah sesuatu yang sukar. Tapi bagiku yang agak jahil dalam bidang ini (walaupun dah 3 tahun belajar… x pandai2 gak lagi… huhhu…. :( ), ia mungkin sesuatu yang amat membebaniku. Namun, hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku…..

Apa yang lebih menyempitkan perasaanku, adalah dengan bakal berakhirnya bulan Ramadhan, yang bagiku merupakan satu bulan motivasi untukku memperbanyakkan amalan dan bertaqarrub (mendekatkan diri dengan Maha Pencipta). Aku takut. Aku gentar. Aku risau kalau-kalau taqwaku masih di tahap yang sama di saat belenggu iblis dan syaitan itu dilepaskan kembali. Jika aku gagal melatih diriku pada bulan Ramadhan ini, ini bermakna tidak lain dan tidak bukan, aku hanya memudahkan kerja-kerja syaitan. Mereka tidak perlu lagi bersusah payah untuk menggodaku supaya melakukan kerja-kerja terkutuk. Malah aku hanya perlu mengikut sahaja godaan-godaan nafsuku yang dicipta oleh diriku sendiri… :(( AKU TAKUTTTT…….!!!!!

Aku berazam, aku ingin menjadi orang yang baru. Aku bukan lagi Syida/Han yang dahulu. Aku tidak mahu tahap imanku itu berada di takuk yang lama. Aku ingin namaku disebut-sebut di arasy Allah. Aku ingin namaku dilaporkan oleh malaikat-malaikat kepada Allah sebagai hambaNya yang sentiasa bertasbih menyebut namaNya. Dan aku ingin menyeru sahabat-sahabat semua supaya memasang cita-cita yang sama, atau lebih hebat dari itu. Jangan biar syaitan menang!!!!!

Wallahu a’lam…

Salam Aidilfitri… maaf zahir batin atas salah silap… halalkan makan minum… taqabbal Allaha minna wa min kum….