9/23/2009

Surat Cinta buat 'R'

4th Syawwal 1430/23rd September 2009
11:04 am


Buat ‘R’…
Teringat aku sebulan yang lalu
Betapa girangnya hatiku menerima kehadiranmu
Tidakku sangka aku sempat bertemu denganmu lagi
Memang itulah rezeki yang telah Allah kurniakan buat diriku

‘R’…
Pelbagai persiapan aku sediakan demi menyambut kehadiranmu
Aku tahu, aku sedar..
Kehadiranmu bukanlah selalu
Hanya sekali dalam setahun
Aku tidak mahu berasa rugi dan terkilan..
Mana tahu aku tidak dapat bertemu denganmu lagi


Sayangku ‘R’…
Walaupun pada awalnya aku terasa amat menyayangimu
Tidak mahu mengabaikan mahupun meninggalkanmu walau sedetik pun..
Tapi, lama-kelamaan rasa itu makin pudar..
Mengapa?
Bukankah pada awalnya telah ku ikrarkan janji setia untuk sering berdamping denganmu?
Mengapa hati ini sanggup menduakanmu dengan kekasih hati yang lain…?
Kekasih hati yang hanya melafazkan janji palsu buat diriku…
Tapi, mengapa mudah benar aku terpedaya dengan bisikan-bisikannya
Walau sudah berapa kali telah diingatkan padaku supaya setia denganmu

Wahai ‘R’ sayang…
Kini kau telah pergi lagi meninggalkanku
Barulah aku sedar kembali betapa ruginya aku
Sungguh ruginya aku tidak melayanmu dengan sepatutnya
Kau ku anggap bagai tetamu yang tak diundang
Sedangkan kehadiranmu membawa cahaya yang tidak ternilai harganya kepada manusia lain
Sungguh ruginya aku tidak mengambil peluang itu…


Selamat tinggal….
Moga kita bertemu lagi…
Kerna aku sudah merinduimu….
Sayangku, Ramadhan……



Ya Allah, ya Rabbal ‘alameen…
Temukanlah aku sekali lagi dengannya….

1 comment:

Haziq Hashim said...

ingatkn "R" mane laa td...fuhh!!