4/02/2010

Is That My True Self?

17th Rabi’ul Akhir 1431/2nd April 2010
7:51 am


Sepi sahaja blog ini tidak ber’update’. Baru hari ini ku berjaya meluangkan masa sedikit untuk mencoretkan rasa hati di sini.

Sejak 2-3 minggu yang lalu, aku tidak dapat menguruskan diri dengan baik. EAC… oh EAC.. Memang sangat tidak berpatutan jika aku katakan, ‘I have dedicated myself for EAC for this whole week’. Memang aku tidak mahu itu berlaku, tetapi itulah yang telah berlaku. T_T

Kerana EAC aku mendapat kurang rehat sepanjang minggu lepas. Kerana EAC, aku tidak mendapat tidur yang cukup. Kerana EAC, aku tidak pernah pulang dari UM kurang dari jam 12 tengah malam. Kerana EAC, kadang-kala aku terpaksa membatalkan/menangguhkan kelas tutorial (sorry student-studentku.. huhuhu). Kerana EAC, aku banyak bermain dengan perasaan. Mana tidaknya, asyik dimarahi saja. Ada saja kerjaku yang tidak diterima. Ada saja kesalahan di mata mereka. Kerana EAC, aku juga telah demam selama beberapa hari. Hebat juga penangan EAC. Mudah-mudahan Allah mengambil kira perkerjaan kami ini, dan dikurniakan pahalah setimpalnya, insya Allah… kepadaMu sahaja Kami berserah.

Namun, apa yang berlaku, semua ada hikmahnya. Allah tidak pernah sekali-kali merencanakan sesuatu ke atas hamba-hambaNya dengan sia-sia. Pasti ada hikmah di sebaliknya. Malangnya, dan amat… paling… sangat… MENYEDIHKAN… aku tidak berjaya meng’extract’ hikmah itu sepanjang minggu lepas. Baru kini, selepas EAC berakhir (at least for this semester), aku dapat mencari ibrah di sebalik apa yang telah kulalui.

Sepanjang aku bekerja demi menjayakan EAC ini, aku baru mengenali siapa diriku. My True Self. And acknowledging this is a very scary thought. And a very sad one. I almost shed my tears when I remember that moment.

Kerana EAC, aku telah menunjukkan diriku yang sangat panas baran. Aku sering hilang pertimbangan setiap kali aku dimarahi akibat kerja-kerja yang ditolak oleh ‘superior’ku. Aku sering kali ingin memarahi kembali. Mengumpat itu sudah menjadi kebiasaan. Astaghfirullah…. Tidak mahu aku memamah daging saudara sendiri… :((

Kerana EAC juga, mulut aku amat lancang sekali. Perkataan bodoh, mamposs, siot… laju sekali aku ucapkan. Ya Allah….!!! Ampunkan aku….

Aku amat sedih, aku tidak berjaya menjadi qudwah yang baik buat orang-orang disekelilingku. Bukankah telah aku mengikat janji sumpah setia dengan Allah untuk menjadi umat ‘wasath’ yang terbaik. Dan bukankah dengan janji setia itu, aku sepatutnya menunjukkan ciri-ciri seorang da’ei dalam diriku. Namun, sudah terang lagi nyata, aku gagal dalam misi itu (at least untuk minggu lepas)!!! Ya Allah… janganlah kau sesatkan aku selepas Kau kurniakan petunjukMu kepadaku. Janganlah kerana itu, Kau keluarkan aku dari golongan yang sedikit itu. Oh please, Allahu ya Rabb… Thabbit Qulubana ‘ala deenik.. wa a’la tho’atik…. wa fii sibiilik...


Wallahu a’lam…


Bersambung….


P/s: Bagi sesiapa yang tak tahu EAC tu ape, EAC= Engineering Accreditation Council. Faculty Engineering akan diaudit oleh BEM (Board of Engineering Malaysia). Sangat penting untuk pass audit ni, kalau tak, student kami tak boleh grad!!