6/30/2009

Lagu Bumi

7 Rejab 1430/30th June 2009
11:53 am


Minggu lepas, dunia hiburan telah dikejutkan dengan perginya seorang Raja Pop (‘King of Pop’), Michael Jackson akibat serangan jantung. Berita kematiannya sangat hangat diperkatakan. Buka sahaja browser atau apa-apa website berita pun, cerita tentang Michael Jackson pasti menjadi pilihan sebagai berita utama. Boleh dikatakan, popularitinya semakin meningkat selepas dia meninggal dunia. Orang yang sudah lama tidak mendengar lagu-lagu nyanyiannya, kembali memperdengarkannya semula.

Jangan dilupakan juga, beberapa minggu sebelum itu, dunia kita juga dikejutkan oleh perginya seorang pejuang Islam yang sangat berjasa dalam dunia dakwah, iaitu Syeikh Fathi Yakan, penulis buku ‘Apa Ertinya Saya Menganut Islam’. Kehilangan beliau amat dirasai, terutamanya bagi sesiapa yang pernah terkana percikan dakwah hasil penulisan beliau. Semoga Allah merahmati roh Almarhum, dan semoga rohnya tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman.

Aku adalah antara golongan yang tiba-tiba menggali kembali lagu-lagu Michael Jackson. Dahulu, aku pernah meminati penyanyi ini kerana keunikannya. Aku juga adalah salah seorang antara mereka yang sangat terkejut dengan berita kematiannya. Tak apalah, itulah sunnatullah. Tidak kira kafir atau islam, semua yang hidup pasti akan mati. Dan semua amalan-amalan kita di dunia, pasti akan dihitung tidak kira ianya secebis zarrah sekalipun. Ambillah pengajaran dari berita-berita kematian, tidak kiralah mereka dari golongan popular atau pun tidak. Mungkin dari kaum kerabat kita ataupun sahabat-sahabat yang lain. Apa yang Allah jadikan di bumi ini, adalah sebagai peringatan pada kita dan ummat seluruh alam.

Gali punya gali, aku terjumpa satu lagu yang bagiku sangat menarik:

Earth Song – Michael Jackson



What about sunrise
What about rain
What about all the things
That you said we were to gain...
What about killing fields
Is there a time
What about all the things
That you said was yours and mine...
Did you ever stop to notice
All the blood we've shed before
Did you ever stop to notice
The crying Earth the weeping shores?

Aaaaaaaaah Aaaaaaaaah
Aaaaaaaaah Aaaaaaaaah

What have we done to the world
Look what we've done
What about all the peace
That you pledge your only son...
What about flowering fields
Is there a time
What about all the dreams
That you said was yours and mine...
Did you ever stop to notice
All the children dead from war
Did you ever stop to notice
The crying Earth the weeping shores

Aaaaaaaaah Aaaaaaaaah
Aaaaaaaaah Aaaaaaaaah

I used to dream
I used to glance beyond the stars
Now I don't know where we are
Although I know we've drifted far

Aaaaaaaaah Aaaaaaaaah
Aaaaaaaaah Aaaaaaaaah
Aaaaaaaaah Aaaaaaaaah
Aaaaaaaaah Aaaaaaaaah

Hey, what about yesterday (What about us)
What about the seas (What about us)
The heavens are falling down (What about us)
I can't even breathe (What about us)
What about the bleeding Earth (What about us)
Can't we feel its wounds (What about us)
What about nature's worth (ooo, ooo)
It's our planet's womb (What about us)
What about animals (What about it)
We've turned kingdoms to dust (What about us)
What about elephants (What about us)
Have we lost their trust (What about us)
What about crying whales (What about us)
We're ravaging the seas (What about us)
What about forest trails (ooo, ooo)
Burnt despite our pleas (What about us)
What about the holy land (What about it)
Torn apart by creed (What about us)
What about the common man (What about us)
Can't we set him free (What about us)
What about children dying (What about us)
Can't you hear them cry (What about us)
Where did we go wrong (ooo, ooo)
Someone tell me why (What about us)
What about babies (What about it)
What about the days (What about us)
What about all their joy (What about us)
What about the man (What about us)
What about the crying man (What about us)
What about Abraham (What was us)
What about death again (ooo, ooo)
Do we give a damn

Aaaaaaaaah Aaaaaaaaah


Apa yang sangat menarik hatiku adalah bagaimana mereka yang tidak mempraktis islam seperti kita juga boleh menyedari akan tugas-tugas Khalifah Allah yang telah terabai. Penulis lagu ini juga telah menyedari akan penyakit dunia sekarang ini adalah akibat tangan manusia itu sendiri yang tidak bertanggungjawab untuk memakmurkan bumi. Bukankah benar apa yang ingin disampaikan dalam lagu ini? Salah siapa lagi kalau bukan salah kita?

Bagusnya… sesiapa yang menyukai lagu ini, atau menyanyikan lagu ini, atau menulis lagu ini… sebenarnya mereka adalah hanya sejengkal (atau kurang dari itu) dari kebenaran yang Allah telah revealkan sejak dahulu lagi. Islamlah penawar penyakit dunia kita sekarang ini. Al-Quran dan hadith lah prescriptionnya. Samada sedar atau tidak sahaja. Samada mahu atau tidak sahaja. Semuanya terpulang pada kita.




Wallahu a’lam…

6/23/2009

Tetamu tak Diundang :-SS

30 Jamadil Akhir 1430/23rd June 2009
2:05 pm




DONG..!! DONG!!! DONG!!!!!


Bergegar pintu rumah diketuk. Aku dengan segera berlari ke ceruk rumah, belajar dari pengalaman.


Seperti yang dijangkakan, daun pada mail slot pada pintu rumahku diselak. Orang asing itu menjerit-jerit di ruang kecil itu.


“HELLO!!! HELLO!!! I KNOW YOU’RE THERE!!!! IF YOU’VE GOT ANY OPINION… IF YOU’VE GOT ANYTHING TO SAY… THIS IS MY FACE…. IF YOU’VE GOT NOTHING TO SAY, THEN SHUT YOUR F*** UP!!!!”


Daun pada mail slot itu dihempaskan dan lelaki asing itu berlalu pergi. Aku menggigil ketakutan. Entah apa yang dimaksudkan oleh lelaki itu. Seriously, tak faham.


Ini kali kedua aku menerima tetamu tidak diundang itu. Pada kali pertama adalah semalam. Tetapi sebelum dia mengetuk pintu rumah, dia mengetuk pintu bilik air terlebih dahulu. Begitu kuat sehingga aku risau jika tingkap itu akan pecah. Dan risau aku jika lelaki itu dapat menyelinap masuk ke dalam rumah. Na’uzubillah min zaalik..

Berdasarkan suaranya yang kudengar, aku mengagak dia adalah tenant dari rumah atas. Berdasarkan apa yang dikhabarkan oleh Tapton Estates, agent rumahku, tenant rumah flat atas ini mempunyai masalah mental. Sudah beberapa bulan sewa rumahnya tidak berbayar. Namun, atas dasar kemanusiaan dan belas kasihan, Tapton Estates tidak menghalau lelaki itu, kerana enggan melihat lelaki itu homeless dan dibiarkan tanpa jagaan. Lalu, Tapton Estates ada berbincang dengan Social Worker di kawasan ini untuk memberi perlindungan pada lelaki ini di tempat yang ‘lebih sesuai’. Tetapi, entah mengapa, Social worker itu berpendapat bahawa lelaki ini waras, dan tidak seharusnya diambil alih oleh mereka. Heh, pandai berlakon ya….


Kenapa aku berkata begitu? Kerana sejak beberapa bulan aku mendiami rumah ini, aku sering dihantui oleh bunyi bising jeritannya dari flat atas, dan juga hentakan-hentakan dan dentuman-dentuman, bagaikan ingin runtuh ceiling rumahku. Pada awalnya, aku memang berasa takut dengan bunyi-bunyi seperti itu. Tetapi, selepas beberapa bulan aku sudah pun biasa.


Tetapi, selepas dua kali aku di’kunjungi’ lelaki ini, aku mula rasa tidak selamat.


Ya, Allah!!! Lindungilah kami dari anasir-anasir yang tidak diundang ini….



Wallahu a’lam



p/s: sori… post kali ni tak macam post2 yang lepas2.. tak ade mesej berguna pon.. tapi doakan aku dan hosmetku daripada apa2 bencana ye…

p/s/s: ari jumaat ni kua result… doakan jugak ye… :D

6/18/2009

Mari menawan hati...

25 Jamadil Akhir 1430/18th June 2009
12:11 pm


Tuk..tuk.. tuk..


Ku terdengar pintu rumahku diketuk. Pada ketika itu, aku berada di dalam bilik. Terasa malas untuk membukanya. “Posmen agaknya. Biarlah. Kalau ade parcel, mesti akan tinggalkan kad merah memberitahu parcel akan diletakkan dalam blue bin.”

Tuk.. tuk.. tuk…

“Aik.. tabahnya posmen ni duk ketuk pintu rumah aku ni. Bukan posmen kot.”

Aku pun dengan pantas mencapai jaket dan tudungku dan memakainya. Inilah satu sebab mengapa aku malas benar untuk membuka pintu apabila posmen datang ke rumah. Malas nak kelam-kabut nak bersiap. Huhuh…

Selepas pintu rumah ku buka, bukan seperti yang kujangkakan. Bukan posmen, tetapi dua orang wanita Inggeris yang berumur 20-an tersenyum padaku. Manis.

“Hello, how are you today?”
“Oh, I’m fine.” Aku membalas senyumannya.
“Great. Sorry to bother you. But we’re here to share with you a good news. Do you want to know what it is?”


Dalam hati, aku dah tahu apa yang kau nak beritahu.

“Oh, yeah. Sure.”
“But before that, I’d like to ask you. Do you have any faith?”
“Yeah, I’m a muslim.”
“Oh, great. So, what do you think about the wars that keep happening in this world? Do you think there is an end for that? What do you think in your faith point of view?”


Aku mula cuak apabila aku diajukan soalan begitu. Bukan aku tidak tahu jawapannya. Tapi, factor bahasa yang menjadi masalah.

“Well, in my opinion, if they follow what God has told them to do, there will be no such war. God has forbid violence, like, killing, oppression and so on. So, if all human being really keep holding the principle, this world will be a better place to live, insya Allah.”
“Yeah, that’s so true. That’s what Bible has taught us…”


Wanita itu pun menerengkan apa yang dia faham mengenai ajaran Bible itu. Dia juga ada menyuruh aku membaca satu verse dari Bible tersebut. Kalau tak silap, isinya lebih kurang bermaksud ‘Tuhan itu berkuasa ke atas seluruh manusia. Tetapi kehadiran syaitan menyebabkan manusia itu tersasar.’

Mm.. I agree with that. Islam pun ajar perkara yang sama. Tetapi, berdasarkan apa yang telah diterangkan oleh wanita itu, Tuhan memang berkuasa atas seluruh manusia. Tetapi, di dunia ini, Tuhan tidak berkuasa sepenuhnya kerana adanya syaitan yang mempunyai kuasa di muka bumi. Di situ, aku menunjukkan ketidaksetujuan. Aku pun memeberikan pandanganku.

“That’s a little bit different in my religion. In Islam, we’ve been taught that God has ultimate power to all mankind. He has sent human here to govern the world in the correct (Islamic) way, as what God has told us. But, we’ve been given an option, whether to choose the right or wrong paths. This is where God wants to test us how much we believe in Him. That’s also why God has created Heaven and Hell.”

Selepas aku luahkan semuanya, aku mula rasa takut. Adakah aku memberitahu perkara yang sepatutnya? Terlebih cakapkah?

Tapi, dia tetap tersenyum seakan-akan bersetuju. Dia pun menyatakan pandangannnya juga dan mengeluarkan satu phamplet bertajuk, ‘Would You Like to Know the Truth? Dia meminta aku membacanya dan membuat perbandingan antara ajaran Islam dan Bible, dan memberikan pendapatku padanya the next time they come.

Selepas itu, mereka berbual-bual denganku, bertanya namaku, asalku… seakan ingin berkenalan. Mereka memuji-muji Malaysia, mengatakan “one day I’ll go to Malaysia. I’ve heard Malaysia is a very beautiful country and has a very nice weather." Aku pun mula seronok berbual dengan mereka. Peramah dan nampak sangat sincere.

Setelah lebih kurang 10 minit, mereka pun beredar.

Apa yang ingin aku kongsikan di sini sebenarnya?

Aku kagum. Tetapi bukan dengan ajaran yang disampaikan. Tetapi, aku kagumi dengan cara mereka menyampaikan ajaran Bible itu. Cara itulah cara yang telah diajar oleh Rasulullah SAW junjungan kita. Cara memikat hati. Senyuman tidak pernah lepas dari mulut mereka. Cara mereka bertutur juga sangat lembut. Dan juga keikhlasan yang terpancar. Walaupun mereka mengetahui aku beragama Islam, dan terus memberikan pendapat dari sudut pandangan Islam, mereka tidak pernah menunjukkan rasa jelek, malah mereka tetap sabar. Mereka tidak pernah menidakkan. Mereka hormat akan pandangan orang lain.


Pendek kata, mereka ada skill menambat hati mad’u-mad’u mereka.

Jika semua mubaligh-mubaligh kristian mempunyai skill seperti ini, tidak hairanlah ramai muslim yang murtad, kerana jatuh dalam perangkap hati ini.

Wahai umat islam!! Bangkitlah dari tidur!!! Qum….!!! Fa anzir!!! Mari kita saling member peringatan kepada mereka yang masih ‘mengantuk’ dan juga ‘lelap’. Ingatlah!! Dakwah kita adalah dakwah hati… kerana iman itu terletaknya di hati.


Wallahu a’lam…


p/s: sori if macam provocative… pendapat sahaja…

6/11/2009

Wasiat Agung...

18 Jamadil Akhir 1430/11th June 2009
4:55pm


Sudah habis belajar, banyak pula masa terluang. Kadang-kala terasa dungu, duduk seorang diri di rumah, kebosanan. Terpandang pula ke sebelah kiriku, sebuah rak yang penuh dengan buku-buku yang tak sempat kubelek sejak ku membelinya. Aku memang amat gemar membaca. Tetapi sejak akhir-akhir ini, hobiku itu tak dapat kupenuhi dek kerana terlalu sibuk dengan kerja-kerja assignment dan sebagainya. Memang alam university tak sama dengan alam persekolahan atau pun A-Level. Jauh bezanya.


Okok... Back to the story.

Aku pun tergerak untuk membelek salah sebuah buku yang tersusun kemas (tapi berhabuk) di rak itu. ‘Sirah Nabi Muhammad SAW – Pengajaran & Pedoman’ menjadi pilihan. Buku ini adalah hasil tulisan Dr. Mustafa as-Syibaie ketika beliau sedang sakit tenat. Terlalu banyak aspek-aspek yang dikembangkan dalam buku ini, terutamanya dari aspek akhlaq, kepimpinan, dan kebangkitan iman kepada Allah SWT dan RasulNya.

Sampai ke mukasurat 196, aku cukup terkesan dengan khutbah Rasulullah SAW sewaktu Hajjatul Wada (Haji Selamat Tinggal), iaitu satu-satunya haji yang ditunaikan oleh Baginda…

“Wahai manusia! Dengarlah sabdaku. Aku tidak tahu, boleh jadi aku tidak akan menemui kamu selepas tahun ini di tempat ini untuk selama-lamanya (ramalan ini adalah antara mukjizat Rasulullah SAW).

……………………………

“Wahai manusia! Syaitan telah berputus asa buat selama-lamanya untuk dia disembah lagi di bumi kamu ini. Namun sekiranya dia dipatuhi dalam perkara lain yang kamu anggap lekeh, ia sudah cukup untuk menyenangkan hatinya. Oleh itu, berwaspadalah terhadap agamamu.

………………………………

Sungguh terpukul dengan pesanan Rasulullah SAW yang satu ini. Ya, memang benar syaitan telah pun berputus asa untuk mengheret kita untuk menyembahnya. Ya, mungkin kita rasa tidak mungkin untuk kita mensyirikkan Allah dan mula untuk menyembah berhala atau sebagainya. Mungkin juga kita terasa bahawa tidak mungkin untuk kita meminta pertolongan dari jin atau syaitan untuk tujuan sihir atau sewaktu dengannya. Tapi, ingatlah. Iblis sudah berjanji dengan Allah bahawa dia tidak akan masuk ke dalam neraka seorang diri.

“Iblis berkata: ‘Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka’. Allah berfirman: ‘Ini adalah jalan yang lurus; kewajiban Aku-lah (menjaganya).’” (15:39-41)

Jika iblis dan anak-beranaknya tidak mampu untuk membawa kita kepada penyembahan thagut yang nyata atau jelas, janganlah kita berasa kita berada dalam zon selamat. Sebagaimana wasiat Rasulullah SAW, mereka akan cuba menarik kita ke lembah kotor mereka melalui elemen-elemen lain, yang mungkin kita sering rasa remeh dan lekeh. Elemen-elemen itu mungkin datangnya dari aktiviti-aktiviti kita seharian.

Jadi berhati-hatilah sahabat-sahabatku. Janganlah kita terleka walau sesaat pun. Sesungguhnya sifat syaitan itu datang dan pergi, menjelma dan bersembunyi (sebagaimana disebut dalam surah an-Nas). Datang dan menjelmanya ia apabila kita lalai. Pergi, bersembunyi dan lari kecuakannnya ia apabila kita sentiasa berada dalam keadaan jaga, sedar dan bersedia dengan perisai zikrullah.


Mahu juga quote ayat terakhir dari wasiat Baginda:

“Ya Allah, adakah aku telah menyampaikan?”



Wallahu a’lam.

6/10/2009

Masa Depan Yang Masih Samar

17th Jamadil Akhir 1430/10th June 2009
2:15pm


Alhamdulillah… Alhamdulillah… Alhamdulillah…. Allahu Akbar…


Akhirnya aku sudah menjadi penganggur, bukan lagi student :D. Sudah dua hari aku telah merdeka dari cengkaman peperiksaan. Buat rakan-rakanku yang masih belum merdeka, gambatte ne… teruskan usaha anda. Mohon pertolongan daripada Allah. Mohonlah kekuatan dariNya. Dia sahajalah sumber kekuatan kita semua.

Apabila ramai rakan-rakan yang bergembira dan bersorak akan kemerdekaan mereka, aku masih terdiam ragu-ragu. Aku tahu, perjalananku masih jauh. Masa depanku masih lagi samar-samar. Belum di dalam bayanganku lagi. Apakah nasibku selepas ini?

Jika aku lulus dalam peperiksaanku kali ini, aku bakal mendapat sijil ijazah MEng Mechanical Engineering. Engineer. Adakah aku bakal berakhir dalam bidang kejuruteraan? Ish, tak dapat kubayangkan. Sudah 4 tahun aku berada dalam bidang ini. Aku tahu ini bukan bidangku. Aku tahu aku tidak sesuai dalam bidang ini. Jadi, bagaimana?

Itu yang menjadi kerisauanku. Kesoronokan menamatkan pelajaran tak dapat kurasai sepenuhnya, apabila memikirkan tentang hal ini.

Aku bersyukur yang amat-amat apabila ramai rakanku yang telah berjaya di’offer’ oleh company-company besar deperti PWC, Exxon Mobile dan PETRONAS. Insya Allah, masa depan mereka terjamin di sana. Aku?

Bukan wang ringgit yang kukejar. Tetapi, aku juga perlukan secebis rezeki untuk aku meneruskan hidup. Apa lagi untuk perjalanan dakwah. Semua memerlukan wang. Jadi, aku tahu aku perlu juga bekerja. Tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada suami sahaja untuk memberi nafkah padaku (amboii… jauhnya berfikir.. heheh.. ).

Pada mulanya, aku bercadang untuk pulang sahaja ke Malaysia dan apply untuk menjadi tenaga pengajar MARA. Sekurang-kurangnya, aku tidak perlu membayar kembali hutangku pada MARA yang beribu-ribu itu.

Aku tidak tahu mengapa sungguh kuat hatiku untuk menjadi seorang guru. Dengan menjadi seorang guru, aku dapat mendekati hati-hati manusia. Bukannya seorang engineer tidak boleh. Tetapi, aku rasa inilah method yang terbaik buat diriku. Kerana peluang untuk aku bertemu dan berinteraksi dengan syabab-syabab lebih tinggi. Semoga Allah memudahkan urusanku, dan meluruskan niatku.

2nd option, untuk menjadi Tutor di university-university di Malaysia. Kelebihannya, aku boleh juga mencapai matlamatku yang tadi. Gaji juga lebih tinggi (kot… ). Dan peluang untuk aku menyambung pelajaran juga lebih tinggi. Tetapi, sebanyak manakah peluang untuk aku dapat menepati matlamatku tadi jika aku menjadi seorang Tutor? Entahlah.. keliru… keliru…

Apa-apapun, aku apply sahajalah mana-mana pun. Aku berdoa pada Allah semoga kurniakan mana yang terbaik buat diriku dan semoga Allah memudahkan segala urusanku dan kalian…


Wallahu a’lam…

6/01/2009

Semangat!!!!

8 Jamadil Akhir 1430/1st June 2009
10:27 pm

Tinggal lebih kurang 10 jam sahaja lagi, aku akan menduduki paper examku yang kedua: “Condition Monitoring”. Aku tahu sepatutnya aku tidak sepatutnya menghabiskan masa dengan aktiviti menulis entry ini. Tapi, setelah 3 jam belajar tanpa henti, otakku menjadi semakin penat. Ingin berehat rasa bersalah. Kerana masa tidak akan berhenti berdetik.


Penat… sangat penat…. Bilalah semua ini akan berakhir.


Aku perlukan semangat… semangat yang boleh melonjakkan aku kembali untuk terus focus dalam studyku, terutama pada waktu sekarang.


Terasa syaitan bagaikan menolak-nolak diriku untuk terus berasa lemah dan merungut berpanjangan. Niatku perlu dibetulkan. Jika aku benar lakukan semua ini kerana Allah, maka kembalilah kepada Allah, jika aku memerlukan kekuatan dan semangat.


Firman Allah:
“Dan Tuhanmu berfirman, ‘Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu menyembahKu akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina.’” (40:60)


Ya Allah, ampunkan aku kerana terlupa akan diriMu. Ampunkan aku kerana sombongnya aku kerana tidak mengembalikan diriku padaMu di saat aku di lubuk kelemahan. Sesungguhnya hanya daripadaMu aku datang, dan kepadaMu sahaja tempat aku kembali.


Ya Allah, kurniakanlah kami kekuatan untuk terus berusaha di medan jihad kami ini. Kerana sesungguhnya tiada yang lebih kuat hanyalah diriMu. Kau lindungilah diri Kami dari godaan-godaan syaitan yang mengombang-ambingkan hati kami dari terus thabat dalam perjuangan kami untuk bekerja di atas jalanMu, ya Rabbi…

-Insan lemah-