10/28/2013

Bersedeqahlah walaupun sempit

11th Dzulhijjah 1434 / 16nd October 2013
8:03 am



**post ini aku hadiahkan buat mereka yang terasa kesempitan rezeqi**



Rezeqi itu adalah rahsia Allah...Allah sudah tetapkan sejak seawal penciptaan manusia itu lagi..

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai): Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya MENULIS REZEKINYA, AJALNYA, AMALANNYA DAN ADAKAH DIA CELAKA ATAU BAHAGIA. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.

Tetapi, sudah menjadi adatnya juga, manusia ini mesti berusaha secara all-out untuk mendapatkan rezeqi yang dijanjikan Allah itu. Namun, sudah tentu ketentuan Allah itu mendahului segala-galanya… Kadang-kala, apa yang kita capai atau dapat tidak seperti yang kita harapkan. Dan itu semua adalah atas kehendak Allah. Namun kita sebagai seorang hambaNya mestilah sentiasa bersangka baik pada Allah, bahawa Allah meletakkan sesuatu taqdir ke atas kita di atas asbab dan hikmah yang tidak terjangkau dek aqal kita buat masa itu. Jika kita benar-benar mengimani perkara ini, maka tidak kisahlah apa jua outcome yang kita dapat, kita akan sentiasa tenang. Kerana kita percaya yang Allah tak akan sia-siakan kita. Yang penting, jaga hubungan kita dengan Allah.

Lihatlah juga akan rezeqi (baca: duit gaji) kita. Sudahkah kita menyerahkan sebahagiannya kepada mereka yang berhak? Kaum karabat kita? Lihatlah ibu bapa kita. Sudahkah kita menyerahkan haq pada mereka? Biarlah sekecil manapun gaji kita, janganlah pernah berkira untuk bersedeqah untuk kedua-ibu bapa. Kita tak akan dapat terbayang sejauh mana pengorbanan mereka pada kita. Sejak kali pertama kita nampak dunia, bermulalah episod pengorbanan sepasang ibu bapa demi kebahagiaan anaknya.

Aku sudah menjadi seorang ibu. Alhamdulillah… Akhirnya aku sedar dan benar-benar faham apa yang dikatakan pengorbanan yang dimaksudkan itu.

Jangan takut hilang rezeqi kerana membelanjakan sebahagiannya untuk kebajikan ibu-bapa. Ingatlah akan berkat doa kedua ibu bapa. Insya Allah, lambat laun Allah akan ganjari kita berlipat-ganda lagi. Yang penting, kita sudah benar-benar memulangkan haq pada Allah, Rasul, ibu bapa dan mereka yang berhak…


"Katakanlah: 'Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya)'. Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi rezki yang sebaik-baiknya." (Q.S. Saba 34:39)


** jika anda berasa kesempitan rezeqi, maka bersedeqahlah...**
** jika anda berasa kesempitan rezeqi, sudahkah menunaikan haq Allah, Rasul dan ibu-bapa?**


Wallahu a’lam


*teringat kisah Saidina Ali RA yang begitu mengimani janji Allah tentang ganjaran bersedeqah*

9/21/2013

Eyes on the prize

16th Dzulqaedah 1434 / 22nd September 2013
5:58 am


Aku hanya mahu keluar dari kitaran robot yang amat bodoh
Hidup yang tidak bermatlamat
Hidup yang melelahkan dan tidak memanfaatkan
Apa guna mengejar dunia ini semua, sedangkan dunia di tangan ini hanyalah sementara cuma
Amat bodohlah aku jika aku masih ingin berada dalam kotak robot yang lelah itu, sedangkan Allah telahpun menunjukkan aku jalan yang lebih (SUPER) baik…
Amat menyedihkan jika kita masih memilih jalan keselesaan yang bersifat sementara, sedangkan kita sudah diberitakan akan kehidupan yang kekal di sana


Aku tidak mahu menjadi robot yang hanya tahu berjalan-jalan untuk mencari sumber tenaga untuk mengecas diri sendiri, tidak berkhidmat pada tuannya, dan mengakhiri kehidupannya di tempat pembuangan sampah dan tak mungkin akan dapat kembali lagi
Robot, itulah manusia
Mencari sumber tenaga untuk mengecas diri sendiri, itulah dunia yang dikejar-kejar untuk kepuasan nafsu sendiri
Tuan, itulah Allah, Maha Pencipta seluruh makhluq di alam semesta ini
Tempat pembuangan sampah, itulah api neraka yang marak menyala-nyala


Tanyalah diri sendiri
Adakah aku robot itu
Jika bukan, apakah sudah kita benar-benar berkhidmat untuk menegakkan jalan hidup yang sebenar seperti yang digariskan oleh Pencipta kita?


Masih belum terlambat untuk membetulkan kesilapan lama
Bangkitlah wahai anak muda
Biar pun bertatih, tapi mesti terus maju ke hadapan
Jangan pernah pandang ke belakang merindui zaman lalu yang penuh kotoran-kotoran jahiliyyah
Dan jangan pernah pandang jalan-jalan yang menyimpang yang tersasar dari matlamat
Tajamkan matamu memandang jalan di hadapan, di mana terletaknya keselesaan abadi


Eyes on the prize, y’all!!!

Wallahu a'lam...

2/17/2013

Semangat Orang Muda

6th Rabi’ul Akhir 1434 / 17th February 2013
7:18 am

Bangun pagi… gosok gigi… mandi-mandi… sarung baju… terus melangkah keluar mencari rezeki…
Jam sudah menunjukkan pukul 5.30pm. Sudah waktu pulang dari kerja. Hooooraaaayyy!!!! Bagaikan syurga di hadapan, berlari menuju ke kenderaan untuk meneruskan aktiviti untuk sisa-sisa hari. “Apa nak buat malam ni, ya?”

Berpuluh rancangan bermain di kepala. Menonton wayang, kah? Bermain badminton di pusat sukan, kah? Shopping, kah? Atau hanya lepak-lepak bersama kawan-kawan, kah?

Balik ke rumah pukul 12 tengah malam. Aktiviti untuk hari esok sudah sedia dirancang. Begitu juga untuk hari minggu, dan musim cuti yang panjang. Tiket Air Asia (wah… promote…) ke negara “Winter Sonata” sudah lama dibeli, hanya menunggu masanya sahaja untuk berjalan-jalan, bersiar-siar, menjelajah tanah yang asing itu.

Wah, semangat betul orang muda. Itulah fitrahnya. Bukankah seringkali kita dengar akan hadis ini:


“Manfaatkan masa muda sebelum masa tua”. Ya, kerana pada masa muda itulah kita masih bertenaga untuk melakukan apa yang PERLU kita lakukan. Oh, sangat sia-sialah jika menggunakan masa muda kita dengan hanya berlibur, tanpa sedikit pun diabadikan buat Yang Maha Menciptakan Masa, Yang Maha Mengurniakan Kesihatan, Yang Maha Memberikan Rezeki, Yang Maha Memberikan Kehidupan… Oh, biadap sungguh kita….

“Laa… yang aku duk buat kerja, jumpa-jumpa kawan, gi jalan-jalan… semuanya kerana Allah tu.. Lagipun bukan aku tak solat…”

Oh, baguslah, anda niatkan semuanya kerana Allah. Saya harap di setiap saat anda beraktiviti itu, bibir anda tidak henti berzikir mengingati kekuasaan dan kemuliaan Allah SWT.

Kadang-kadang rasa sukar, kan?

Ya, kita hanyalah manusia yang mudah saja alpa dan lupa…

Maka, janganlah terlupa untuk mengabdikan sedikit dari masa seharian kita untuk mengejar ilmu Allah. Bukan sahaja ilmu yang hanya diletakkan di kepala… Tapi, ilmu yang akan tergambar dengan amal dan menguatkan iman.

Tak gunalah jika kita buat aktiviti seharian kerana Allah, tapi secara fizikalnya, oh, tidak tergambar pun seperti hamba Allah yang seperti digariskan dalam al-Quran.

Firman Allah SWT:

“Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setetes mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan berangsur-angsur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (ada pula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai nyanyuk, supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang dahulunya telah diketahuinya… (Surah al-Hajj:5)

Ingatlah, hidup kita ini sepanjang-panjangnya sentiasa bersemangat dan bertenaga. Sampai masanya kita akan kembali seperti bayi yang serba tidak mampu. Perlu didukung untuk bergerak, perlu disuap untuk makan.

Jom kembali kepada Allah selagi umur masih ada. Jadilah manusia yang berwatakkan al-Quran….


Aku menulis hanya untuk muhasabah buat diri sendiri, juga sebagai tazkirah buat yang lain.


Wallahu a’lam…


11/14/2012

Muhasabah

14th November 2012/29th Zulhijjah 1433
12:59pm

Merenung kembali masa silam
10 tahun yang lalu
Siapakah aku ketika itu?
Aku adalah aku
Aku yang mencari
Apa yang kucari?
Kucari satu ruang…
Ruang di hati manusia
Teringin sekali aku menjadi seorang yang sentiasa di tangga tertinggi di hati manusia…
Keluarga… sahabat…. MANUSIA
Seseorang pernah berkata, “you’ve got to have some sense of humor…”
There goes my place in their hearts… GONE!


Fast forward~
5 tahun yang lalu
Siapakah aku pada masa itu?
Aku masih aku
Aku masih mencari
Apa yang kucari?
Aku mencari cahaya
Cahaya yang membawa aku menjadi manusia yang sebenar
Manusia dengan fitrah sebenar
Betapa tersasarnya aku sebelum ini
Neraca pertimbangan yang salah sama sekali
Apakah lagi yang lebih baik daripada pandangan mulia di mata Pencipta?

Tanggal 29 Zulhijjah 1433
Siapakah aku di saat ini?
Aku masih lagi aku
Dan aku masih lagi mencari
Apa yang kucari?
Aku mencari kekuatan
Kekuatan dari sumber kekuatan
Kekuatan dari Yang Maha Kuat

Benarlah kata-kata pendahulu
Jalan ini sungguh tidak mudah, malah penuh duri
Benarlah syurga itu mahal
Sudah berapa kali aku terduduk, terjatuh, tersadung..
Dalam  mana aku terasa indah rasa tanah tempat aku tersungkur
Konon hanya menanti siapa yang sudi menyambut tanganku untuk bangun semula

Oh, si bodoh
Kau menikmati tanah yang kotor itu
Tetapi saudaramu yang lain sudah semakin hampir dengan syurga
Kau ditarik-tarik ke lembah api

Wahai….
Aku perlu terus bangkit…
Tidak kira berapa kali kau jatuh tersembam
Bangkitlah kembali
Bangkitlah kembali
Bangkitlah kembali
Kerana Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang
Cepat, bangkitlah kembali dan teruslah bergerak
Sebelum terlambat….~

Selamat menyambut tahun baru dengan keazaman yang segar.....~~

3/19/2012

Sampai bila kita harus redha?

Betullah seperti apa yang sering diperkatakan:

“Kita hanya merancang, tapi Allah lah yang menentukan. Dan Allah is The Best Planner of all.”

Tetapi, kadang-kadang kata-kata ini seolah-olah diguna pakai di semua tempat. Akibatnya, manusia akan menjadi kurang bersungguh-sungguh.

Kenapa pula jadi begitu?

Saya memandang dari sudut tarbiyyah. Katakanlah pada satu masa tertentu itu, kita seharusnya (ke sewajibnya?) menghadiri satu program (usrah?). Persiapan sudah dilakukan. Kelengkapan sudah tersedia. Namun, ketentuan Allah mengatasi segala-galanya. Pada masa yang sama, kita dikehendaki menghalakan arah tuju kita ke destinasi yang lain. Dan kita seolah-olah tidak diberikan pilihan lain, tapi terpaksa akur.

Dan di sinilah kata-kata ini terpacul dari bibir kita. “Kita hanya merancang, tapi Allah lah yang menentukan. Dan Allah is The Best Planner of all.”

Ya, mungkin sahaja kita berada dalam keadaan yang amat tersepit. Tetapi, ke mana perginya kekuatan jihad kita?

Ya, mungkin sahaja kita tidak dapat lakukan apa-apa, kecuali hanya menurut. Tetapi adakah kita akan terus redha?

Di manakah seruan jihad yang kita laung-laungkan dahulu? Agama versus dunia? Dunia mungkin memaksa, tetapi Deen juga perlukan kita!

Wallahu a’lam.

“Ya Ayyuhal lazina aamanuu, li ma taquuluna maa laa tafa’luun”

Coretan di atas amat kena-mengena dgn yg hidup, dan mungkin hati yg mati. Terutama diri saya sendiri. Astaghfirullah… astaghfirullah… wa astaghfirullah al-‘Adzim…

11/03/2011

Suka? Tak suka? Mahu? Tak mahu?

7 Dzulhijjah 1432/3 November 2011

12:15 pm

Saya suka untuk memulakan post saya kali ini dengan sebuah dialog.

(Padahal selalu je post sebelum ni start ngn dialog pon.. huhuhu…)

A: Ish.. Cuak ah nak gi usrah kali ni… Rasa cam tanak pegi je…

B: Kenapa lak?

A: Kali ni sume usrahmates berbeza. Tak kenal langsung sume orang. Naqibah pun dah tukar naqibah baru. Segan gile kot… X tau leh ngam ke tak.

B: Laa… Sebab tu je? Wahai Si A, pegi jela usrah tu. Selagi tak pegi, maka tak kenal. Selagi tak kenal, maka tak cintalah… Semua benda akan bermula dengan perkenalan kan?

-- Sambung Si B lagi --

B: Haaa… tu hati dah kene cucuk ngn setan tu… jage-jage….

A: ............

……………………………………..

Suka juga saya untuk berkongsi satu pepatah (ciptaan sendiri.. tetapi adaptasi dari pembacaan dan pengalaman… huhuhu…)

“Jalan tarbiyyah ini bukan jalan untuk bersuka-ria… Bukan jalan untuk hanya mengisi masa… Bukan jalan yang boleh dipilih-pilih, mana mahu, mana tak mahu…”

Nama juga sudah tarbiyyah. Sudah tentu di sepanjang jalan ini, kita akan merentasi satu cabaran yang amat kita tidak sukai. Malah, mungkin benci. “Kenapa aku perlu lalui semua ini?”

Percayalah. Itulah hakikat tarbiyyah. Jika kita boleh memilih dengan apa kita ingin dididik, maka, itu bukan pentarbiyyahan yang sebenarnya.

Jalan tarbiyyah bukan semata-mata attend usrah untuk mendengar pengisian. Itu hanya one part of it. Tetapi, sebahagian besarnya adalah selain daripada itu. Mungkin dari segi kerelaan untuk bekorban. Jika kita diminta untuk attend usrah hutan belantara (misalannya), adakah kita sanggup? Jika kita diminta untuk travel 4 jam, dan spend RM100 (or GBP50 ke…) utk attend ke usrah, adakah kita sanggup? Teringat seorang ukhti yang sangat hebat dalam proses pentarbiyyahannya. Travel dari utara ke selatan menaiki train. Saban minggu!! Usah dikira berapa banyak duit yang dihabiskan. Tapi, untuk apa pun kita memerlukan duit, kalau bukan untuk Allah jua?

Saya suka untuk berkongsikan pengalaman saya dalam satu cabaran dalam proses pentarbiyyahan saya (yang tak seberapa ni).

Saya adalah seorang yang sangat kurang (atau tak reti) bersosial. Dalam erti kata lain, sukar memulakan perkenalan. (Jadi kalau saya tak tegur, or jalan tunduk ke apa.. Bukan sebab sombong… tapi segan gile sebenarnye… satu benda yang perlu diubah). Jadi pertukaran naqibah atau usrahmates sebenarnye adalah cabaran yang agak getir buat saya.

Saya sudah berpengalaman bertukar naqibah sebanyak 4 kali. Usrahmates?? Apa lagi… Tak boleh nak kira dah. Jika saya sudah agak thiqah dengan seorang naqibah, tetiba, saya terpaksa menerima naqibah baru, saya tidak tipu, “ya Allah… boleh tak aku taknak pegi usrah ni… “

Yess… I had that feeling before.. And I really regret that. Ya Allah, please forgive me…

Tetapi, itulah yang di namakan tarbiyyah. Allah ingin mendidik hati kita supaya mencintai apa yang perlu, demi deen Allah ini dapat ditegakkan.

Kalau sudah sampai seruan untuk kita berjihad menentang pihak Thagut, relakah kita untuk berkorban? Ujian sikit pun dah tak sanggup, apa lagi ke medan jihad!!

Saya mengungkap kata, adalah sebagai peringatan kepada diri sendiri terutamanya. Di atas kedhaifan diri inilah saya menulis supaya peringatan-peringatan amat penting buat saya untuk terus thabat atas jalan ini. Tetapi, amatlah suka saya untuk berkongsi peringatan ini dengan sisters yang lain supaya kita sama-sama dapat pengajaran. Sharing is caring kan? Sesungguhnya hidayah itu milik Allah….


Wallahu a'lam

5/15/2011

Anak-anak Kita…

13th May 2011/10th Jamadil Akhir 1432

4:15 pm


“How do you expect kids to listen to their parents as, Tarzan lives half naked, Cinderella comes back home at midnight, Pinocchio lies all the time, Aladdin is the king of thieves, Batman drives at 320KM/h, Sleeping beauty is lazy and Snow white lives with 7 guys. We shouldn’t be surprised if kids misbehave at times! They get this from their own storybooks...”

Pernah tak anda encounter statement begini di halaman facebook anda? Saya melihat statement ini semasa it was posted by one of my student di UM. At the first time I read the statement, somehow I felt like... “Oh my, this is so true....”

Sedar atau tidak, sejak dari kecil lagi kita telah dididik dengan kisah-kisah yang kurang bermoral (saya tidak cakap tak bermoral langsung, sebab some fairy tales mesti ade morale of story, walaupun hanya sedikit). Jadi tidak hairanlah apabila kanak-kanak yang dihidangkan dengan kisah-kisah seperti itu, apabila sudah dewasa, gagal menjadi manusia yang berakhlaq.

---------------------------------------------------------------

Seketika di Baby’s Fair...

“Kakak, do you believe in early education?”

“Yes, of course I do.”

“Now, let me explain to you what we’ve got here to offer you...”

Wanita berbangsa India itu pun meneruskan ‘explanation’nya tentang product yang dijualnya. At first, I pretended that I wasn’t really interested. But, her explanation made my heart opened. In the preparation to welcome my first mujahid, I almost forgot about this small, yet, very crucial point.

Not that I haven’t started anything to educate our first soon-to-be-born son. It just... there are more to be done. And that Indian lady just taught me and my hubby how to do it.

About 15 minutes we were there listening to her.

“So, kakak... Are you interested?”

“Yes.”

I doubted. At first, I almost wanted to say... “Ok, I want to have the whole package.” But my hubby said...

“But, we need some times to consider about it. We’ll have a look around this fair first. If we decide to have this package, we’ll come back.”

Walaupun wanita tadi agak keberatan melepaskan kami, at last, she let us go.

Dalam perjalanan kami pusing-pusing di sekitar fair tersebut, we had our discussions.

As a result, we didn’t go back. Instead, we realised something.

In Malaysia, we lacked of Islamic material to educate our children. Ada memang ada. But, so limited.

While they keep momok’ing our children with all the Disney’s fairy tales, our children slowly is kept far away from the tales of our prophets, sahabah and sahabiah. Why? Like the Indian lady said, “Sape tak kenal Mickey Mouse? Sape tak kenal Cinderella?”

So, the point here is, the parents should be educated first.

Let’s fill our hearts with the knowledge of Islam, and practice them. Let’s build the real Baitul Muslim, and move towards the Islamic world order….!!

Wallahu a’lam