1/02/2010

Imanul ‘amiq

16th Muharram 1431/2nd January 2010
7:45pm


Jalan ini bukan satu jalan yang mudah
Jalan ini tidak ditaburi dengan bunga mewangi
Jalan ini bukannya menyusuri taman-taman indah
Jalan ini bukan disertai dengan gelak-tawa dan riang-ria.


Hakikatnya….

Jalan ini amat sukar, amat panjang…
Jalan ini penuh liku
Jalan ini penuh dengan onak dan duri
Dan yang paling penting…
Jalan ini hanya diselusuri oleh hambaNya yang terpilih sahaja


Tidak semua orang mampu untuk kekal berdiri atas jalan ini
Apalagi mahu bergerak, berjalan atau berlari
Yang berdiri, banyak yang tersadung dan terjatuh
Ada juga orang yang akhirnya tidak sabar, dan cuba mengambil jalan pintas
Ada juga orang yang akhirnya tidak mahu terus mengikut panduan yang sebenar, lalu melencong ke persimpangan lain


Orang yang masih kuat bertahan, dialah Rijal
Kerana sifat Rijal itu kuat lagi berani
Dan yang paling penting adalah…
Rijal itu sabar dan bertawakkal
Rijal itu berusaha untuk mencapai imanul ‘amiq (iman yang mendalam)
Kerana imannya itu, dia percaya akan janji Allah
Kerana imannya itu dia sanggup berkorban nyawa dan harta demi mencapai destinasi
Tidak kiralah samada dia sendiri akan sampai ke destinasi itu
Tetapi, rijal itu tahu selagi dia tidak teguh berdiri di jalan ini
Baton tidak dapat dihantar kepada generasi akan datang untuk meneruskan matlamatnya


Perjalanan ini mesti diteruskan…
Dan bekalan harus sentiasa ditambah, dan dikemaskini…


Imanul ‘amiq….


Wallahu a'lam..