4/14/2009

silaturrahim...??

18 Rabi’ul Akhir 1430/14th April 2009
8:30 am


Sejak kebelakangan ini, terlalu ramai yang datang kepadaku dengan pelbagai cerita. Ada cerita ‘hot’, ada cerita dingin. Ada cerita best, ada cerita yang kurang enak. Ada cerita gembira, ada cerita sedih. Dan aku hanya menjadi pendengar setia.


Salah satu cerita yang paling ku asyik terfikir-fikirkan adalah apabila seorang rakan berasa tidak puas hati dengan rakan yang lain. Mendengarkan ceritanya, aku berfikir, jika aku berada di tempatnya, aku juga akan berfikiran yang sama.

Aku kerap menghadapi masalah dengan rakan-rakanku. Bermacam-macam kisah. Kerana rakan-rakanku juga bermacam-macam ragam. Dan tidak pada semua rakanku itu aku dapat tahan dengan perangai mereka.

Namun, aku semakin dewasa. Aku belajar untuk mematangkan diri untuk cuba berinteraksi dengan mereka dengan cara yang sesuai. Tak semua orang juga akan dapat menerima kita seadanya. Sebagaimana kita mahu dilayani, seperti itu juga kita perlu melayani orang lain. Kita tidak boleh expect semua orang akan menerima sahaja cara kita.

Berbalik kepada kisah rakanku tadi. Mendengarkan kisah rakanku ini, aku berasa kasihan. Kasihan kerana dia menjadi mangsa keadaan. Dia menceritakan kepadaku tentang rakan-rakannya yang memulaukannya tanpa sebab yang munasabah. Apabila dia menceritakan, sewaktu mereka semua bekerja bersama dalam suatu event, masing-masing mengungkitkan tentang ‘jasa’ masing-masing dalam menjayakan pekerjaan mereka. Dan rakanku ini kerap dipersalahkan kerana ‘jasa’nya dalam pekerjaan mereka itu tidak nampak terlalu significant. Maka, rakanku ini rasa tersingkir dan dipulaukan. dan pekerjaan yang mereka lakukan itu tidak mencapai kejayaan seperti yang diidam-idamkan, atau seperti yang disangka-sangkakan.

Mmm… terimbas lagi ke kenangan lalu. Seperti kisahku dilakon semula.

Anyway, akhirnya rakanku itu berkata, dia sudah terasa muak untuk berkawan dengan mereka lagi. Dia menganggap sahabat-sahabatnya itu sungguh keanak-anakan kerana melayannya seperti itu. Dan mulai pada saat itu, dia tidak mahu lagi bekerjasama dengan mereka.

Ya, jika aku menjadi dia, aku juga akan berfikiran seperti itu. Namun, aku bukan lagi manusia yang hanya mengikut perasaan. Kini, aku mahu membuat sesuatu mengikut fikiran yang waras dan rasional, dan juga matang.

Apa yang boleh aku katakan kepadanya adalah teruskan bersabar. Namun, buat masa ini, cubalah untuk tidak berurusan dengan mereka dahulu. Ini bukanlah untuk memutuskan terus ikatan persahabatan antara mereka. Tetapi, ini adalah salah satu cara yang terbaik untuk menjernihkan kembali hubungan antara mereka.

Aku teringat akan pepatah melayu: Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita bersaudara

Fenomena seperti ini seringkali berlaku dalam kehidupan seharian kita.

Kita sudah tentu tidak boleh mengawal atau mengemudi apakah pandangan orang lain terhadap diri kita. Namun, kita sudah tentu ingin menjadi seorang yang sentiasa dipandang baik oleh semua orang. Bukan dengan niat ingin menunjuk-nunjuk, tapi untuk menjaga silaturrahim. Masakan kita boleh berhubungan baik dengan orang sekeliling kita, sedangkan mereka mengata-ngata di belakang kita (kecuali orang yang HIPOKRIT).

Hanya satu cara untuk menjaga imej kita adalah, elakkan diri kita sendiri bermusuhan dengan orang lain. Jaga tatasusila kita. Jaga gaya komunikasi kita. Jaga perhubungan kita, terutamanya dengan Allah.

Jika kita masih menjadi buah mulut orang, maka itu bukanlah di bawak kawalan kita. Lihat sahaja sirah Rasulullah SAW (Subhanallah… memanglah al-Quran itu menjadi panduan hidup). Kita semua tahu akan akhlaq Baginda. Akhlaq Baginda itu al-Quran. Namun, adakah Baginda sentiasa hidup senang tanpa gangguan tohmahan orang lain? Semestinya tidak! Malah, Baginda pernah diejek-ejek sebagai orang gila kerana membawa risalah Allah. Namun, adakah itu salah Baginda? Perlukah Baginda berhenti daripada berdakwah semata-mata untuk mengembalikan hubungan baiknya dengan orang Quraisy? Sudah tentu tidak. Baginda terus berdakwah. Namun, pada masa yang sama, Baginda tetap berbuat kebaikan dengan semua orang di sekelilingnya. Baginda tetap memberi dan menyuapkan makanan ke mulut orang tua yang tidak pernah henti mencacinya. Itulah sifat Baginda yang perlu kita teladani.

Moral of the story: Tak perlulah kita terlalu ‘melatah’ dengan apa yang diperkatakan orang kepada kita. Yang paling penting adalah kita sentiasa muhasabah diri kita. Cuba fikir kembali apa yang telah kita lakukan sehingga terdapat persepsi yang buruk terhadap diri kita. selepas itu, cuba perbaiki diri untuk menjadi insan yang lebih baik. Demi Allah.

Dari Abi Umamah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Luqman berkata kepada anaknya:....... ‘Ingatilah dua perkara dan lupakanlah dua perkara: Ingatlah Allah dan mati. Lupakanlah kebaikan kamu kepada manusia dan kejahatan manusia kepada kamu.’ (Wasiat 74-84: Rowaiu’l Hikam)


Wallahu a’lam...