10/28/2013

Bersedeqahlah walaupun sempit

11th Dzulhijjah 1434 / 16nd October 2013
8:03 am



**post ini aku hadiahkan buat mereka yang terasa kesempitan rezeqi**



Rezeqi itu adalah rahsia Allah...Allah sudah tetapkan sejak seawal penciptaan manusia itu lagi..

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai): Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya MENULIS REZEKINYA, AJALNYA, AMALANNYA DAN ADAKAH DIA CELAKA ATAU BAHAGIA. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.

Tetapi, sudah menjadi adatnya juga, manusia ini mesti berusaha secara all-out untuk mendapatkan rezeqi yang dijanjikan Allah itu. Namun, sudah tentu ketentuan Allah itu mendahului segala-galanya… Kadang-kala, apa yang kita capai atau dapat tidak seperti yang kita harapkan. Dan itu semua adalah atas kehendak Allah. Namun kita sebagai seorang hambaNya mestilah sentiasa bersangka baik pada Allah, bahawa Allah meletakkan sesuatu taqdir ke atas kita di atas asbab dan hikmah yang tidak terjangkau dek aqal kita buat masa itu. Jika kita benar-benar mengimani perkara ini, maka tidak kisahlah apa jua outcome yang kita dapat, kita akan sentiasa tenang. Kerana kita percaya yang Allah tak akan sia-siakan kita. Yang penting, jaga hubungan kita dengan Allah.

Lihatlah juga akan rezeqi (baca: duit gaji) kita. Sudahkah kita menyerahkan sebahagiannya kepada mereka yang berhak? Kaum karabat kita? Lihatlah ibu bapa kita. Sudahkah kita menyerahkan haq pada mereka? Biarlah sekecil manapun gaji kita, janganlah pernah berkira untuk bersedeqah untuk kedua-ibu bapa. Kita tak akan dapat terbayang sejauh mana pengorbanan mereka pada kita. Sejak kali pertama kita nampak dunia, bermulalah episod pengorbanan sepasang ibu bapa demi kebahagiaan anaknya.

Aku sudah menjadi seorang ibu. Alhamdulillah… Akhirnya aku sedar dan benar-benar faham apa yang dikatakan pengorbanan yang dimaksudkan itu.

Jangan takut hilang rezeqi kerana membelanjakan sebahagiannya untuk kebajikan ibu-bapa. Ingatlah akan berkat doa kedua ibu bapa. Insya Allah, lambat laun Allah akan ganjari kita berlipat-ganda lagi. Yang penting, kita sudah benar-benar memulangkan haq pada Allah, Rasul, ibu bapa dan mereka yang berhak…


"Katakanlah: 'Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya)'. Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi rezki yang sebaik-baiknya." (Q.S. Saba 34:39)


** jika anda berasa kesempitan rezeqi, maka bersedeqahlah...**
** jika anda berasa kesempitan rezeqi, sudahkah menunaikan haq Allah, Rasul dan ibu-bapa?**


Wallahu a’lam


*teringat kisah Saidina Ali RA yang begitu mengimani janji Allah tentang ganjaran bersedeqah*