7/12/2009

Tetamu Tak Diundang (Part 2)

19 Rejab 1430/12th July 2009
9:24 am


Sejak malam kelmarin, aku berasa tidak sabar menanti pagi esoknya. Bukanlah ada sesuatu yang menarik sangat. Tapi cukup untuk membuatkan aku sedikit excited. CARBOOT SALE!!! Hehhe… dah cakap dah. Not that interesting, kan? Tapi, ini kemungkinan merupakan Carboot Sale terakhir untukku di bumi UK ini. Aku tak pernah pula dengar akan wujudnya Carboot Sale di Malaysia. Kalau ada, of course aku akan pergi. Huhuhu…


Kenapa aku mahu sangat pergi ke Carboot sale? Sebab di carboot sale, ada dijual barang-barang yang agak mahal di kedai-kedai biasa. Bagi aku yang tidak berduit ni, sudah tentu carboot sale menjadi pilihan. Tetapi, tujuan utama aku ke carboot sale sejak awak tahun lagi adalah…. Untuk mencari…. Baby stroller…. Atau baby buggy… atau tak kisahlah apa orang nak panggil pun. Dengar-dengar, di Malaysia, stroller agak mahal. Dan sejak awak tahun jugalah, aku pulang dari carboot sale dengan perasaan yang separa hampa kerana barang yang dicari-cari tidak kelihatan (separa sebab banyak gak hasil tangkapan lain.. hihihi… ).

Awal pagi semalam, aku keluar dengan penuh mengharap. Minta-mintalah hari ini, ada orang yang akan jual stroller. Berjalan punya berjalan, aku akhirnya ternampak satu stall yang menjual stroller. Hatiku terus tertarik. Aku cuba untuk mendapatkan the best bargain. Tapi, penjual itu seakan-akan tidak mahu menurunkan harga. “Are you having a baby?” penjual itu bertanya padaku. Aku hanya tersenyum. Biarlah. Tak kisah pun orang nak kata aku mengandung. Doa tu.. huhuhu…

Jadi, aku pun membeli stroller tersebut dengan harga GBP25. Okay jugak la… sebab harga asalnya adalah GBP200. So, sangat-sangat murah. So, dengan perasaan yang sangat happy, aku menyorong stroller itu terus pulang ke rumah. Sudah tiada perasaan untuk menyinggah di stall-stall yang lain. Happy tak terkira. Akhirnya matlamat tercapai :).

Pulang sahaja ke rumah, aku mengemas hasil-hasil tangkapan di carboot sale tersebut. Perut yang lapar, kerana tak makan sejak pagi, juga perlu di isi, tapi ditangguhkan dahulu kerana terlalu excited dengan barangan-barangan yang dibeli.

Tiba-tiba, aku terdengar suara orang menjerit-jerit. Makin lama, makin dekat. Aku terus berlari masuk ke dalam bilik.

Pintuku dihentak dengan sangat kuat. SANGAT KUAT!!!

Mujur, semenjak kejadian yang lepas, kami ahli rumah telah membuat keputusan untuk memasang webcam dan disambungkan ke computer, supaya kami dapat melihat dengan jelas wajah tetamu yang tak diundang itu dan segala tindakannya. Kami pun melihat video yang dirakam itu. Agak menakutkan. Aku melihat lelaki itu meludah ke arah webcam. Eeuwww….!!!!!

Lelaki itu menjerit-jerit lagi. Aku tak ambil endah akan jeritannya. Aku hanya berdoa dia segera pergi. Tiba-tiba jeritan itu berhenti. Tetapi tidak lama. Rupa-rupanya, dia berdiri jauh di belakang, dan berlari-lari untuk menendang pintu dengan lebih kuat. Beberapa kali. Ya Allah, aku sangat takut!!! Macam nak menangis….!!

Tidak berhenti setakat itu sahaja. Dia menanggalkan daun pada mail slot di pintu rumah kami, dan membiarkan pintu kami berlubang begitu sahaja. Dia juga mengambil kayu di luar rumah, dan menghentak-hentak tingkap rumah kami. Aku menjadi semakin takut, berfikir yang bukan-bukan. Apa yang perlu aku buat jika lelaki ganas itu berjaya memecahkan tingkap dan memasuki rumah kami?? Ya Allah!!! Na’uzubillah… aku sudah melihat rakan serumahku mendail nombor 999 di telefon bimbitnya. Tetapi, setakat itu sahaja. Aku melihat tangannya menggigil. Kaku. Kerana terlalu takut.

Lebih kurang selepas 5 minit, barulah lelaki itu pulang kembali ke flatnya. Nafasku naik turun. Jantungku berdegup laju. Ketakutan masih terasa. Terasa seperti dia akan datang kembali. Kami tidak keluar dari bilik untuk lebih kurang setengah jam. Takut-takut dia akan datang kembali. Kemudian, kami dengar pintu kami diketuk lagi. Lebih lembut kali ini. tapi, kami tak berani untuk membuka pintu. Kami hanya melihat dari video webcam sahaja. Kali ini seorang wanita. Rakan serumahku enggan membuka pintu. Tapi, aku cuba merasionalkan diriku. Aku desak supaya pintu dibuka.

Alhamdulillah, wanita itu adalah dari rumah hadapan kami. Dia dan rakan serumahnya menunjukkan kerisauan pada kami. Dia membantu menenangkan kami. Kami berasa teramat lega, kerana sekurang-kurangnya, kami tidak berseorangan. Kami mempunyai jiran yang amat baik. Jiran dari Flat 2 juga datang turun melawat kami. Kami terharu. Mereka juga ada memberikan nombor telefon mereka kepada kami, jika ada memerlukan sebarang bantuan, jika lelaki itu menyerang lagi.

Terlalu banyak hikmah yang aku pelajari dari kejadian ini. Aku mula sedar betapa manusia itu tidak tahu akan nasib yang akan menimpanya pada masa akan datang. Walaupun pada awalnya manusia itu bergembira, siapa tahu ajalnya akan menimpa di waktu petangnya. Alhamdulillah, aku masih lagi hidup.

Kerana itulah, manusia itu harus sentiasa bersiap-siaga. Allah hanya ingin memberikan sedikit sahaja ujian kepada kita. Kejadian itu banyak mengingatkan aku tentang betapa sebenarnya manusia itu sangat helpless. Hanya Allah sahaja yang berkuasa untuk memberi perlindungan kepada kita. Aku rasa amat-amat bersyukur. Kerana aku tahu, jika Allah mengizinkan, lelaki itu boleh sahaja memecahkan tingkap rumah kami, berdasarkan kudrat dan kegilaan lelaki itu. Tetapi, sangat ajaib, tingkap itu tidak pecah langsung. Hanya bercalar sahaja. Dan aku sedar, itu semua terjadi kerana Allah tidak mengizinkan tingkap itu untuk pecah. Allah telah melindungiku. Allah melindungi kami. Aku amat-amat bersyukur.

Thank You, Allah. You are The Most Powerful, and The Best Protector.

Segala pujian juga untuk Dia kerana akhirnya kami ditemukan dengan jiran-jiran kami. Setelah 7 bulan kami tinggal di rumah ini, akhirnya Allah telah memberikan peluang kepada kami untuk berkenalan dengan jiran-jiran kami. Kami banyak belajar akan ertinya semangat kejiranan. Tidak kiralah bangsa atau agama apapun kita, sikap saling ingin tolong menolong antara kita itu perlu sentiasa ada dalam diri. Bayangkan jika jiran kami itu tidak mengendahkan kami sahaja. Sudah tentu kami masih dalam keadaan trauma.


Daun tempat masuk surat di pintu yang telah tercabut - hanya diganti oleh kertas biasa sahaja.. huhhu...Tingkap yang hanya bercalar sedikit sahaja.. ajaib.. ajaib..

Ya Allah, aku memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran padaMu atas segala kebaikan yang telah Kau kurniakan kepada kami…

Wallahu a’lam…

7 comments:

Z said...

ooh Hannnn glad ur still ok..yup..kite mmg tak dpt predict nasib kita..:(..
and yet we still have the Best Protector..Allah...
huhu aku tk dpt bayangkan kalau die pecahkan tingkap umh kau..mintak dijauhkan..huhuhu

Han Rohim said...

huhu.. tu la.. mcm2 jd kt kite kn, zack.. org gile la.. kes shooting la.. yet, Allah sayang sgt kt kite, n Allah lindung kite dari jd mangsa bnd yang x diingini.. syukur gile kt Allah...

Hacked by w3d0z said...

firstly tahniah dh dpt stroller tu..=) akhirnya dpt gak ek..

2ndly, cuak nyer dgr cite ko tu..huhu..seb baik ko ok...
hope sumenye baik2 belaka..
lg bape2 hr je nak dok shef ni...

Han Rohim said...

firstly, mekaseh.. :D

2ndly, alhamdulillah, stakat ni kami ok lg.. still trauma sket2.. doakan keselamatan kami eh...

- segala yg berlaku dlm hidup kita, merupakan satu tazkirah dr Allah... -

Anonymous said...

saper laki tu? org giler ke? saket jiwa? tk normal?

Anonymous said...

org laen sibuk prepare brg nk kawen, ko beli brg baby ek? advanced, advanced *ngeeee*

Han Rohim said...

Anonymous 1 - rasenye laki tu adalah semua yang disebut di atas... huhu... otak x berapa nk normal.. sian2...

Anonymous 2 - hahaha.. xpe r... advance skekk.. supaya lebeh mudah utk maju ke hadapan... hihi...