7/22/2009

Apakah Ertinya Kemegahan Dunia?

29th Rejab 1430/22nd July 2009
2:28 pm




Baru pulang dari graduation ceremony rakan-rakan EEE (Electric and/or Electronic Engineering). Seronok. Kami dapat sama-sama berkongsi kegembiraan setelah selama 4 tahun kami berhempas pulas untuk hadir ke hari ini. Kehidupan kami sebagai seorang pelajar sudah berakhir (kecuali kalau tiba-tiba terasa nak sambung PhD). Esok, giliran aku dan beberapa rakan coursemate yang lain pula akan menerima scroll ijazah kami.


Ke mana arah selepas ini?


Dunia kami selepas ini pasti akan begitu berbeza. Setelah bergelumang dalam dunia study, kami perlu adapt pula dengan dunia kerjaya yang pastinya lebih mencabar. Dan seperti dahulu, aku masih lagi belum menemui jalanku selepas ini.


Ramai juga rakan-rakanku yang lain sudah menerima offer pekerjaan dari company yang ternama. Tahniah buat mereka. Aku doakan kalian terus berjaya dalam hidup kalian, dunia dan akhirat.
Seperti yang pernah aku nyatakan dalam post sebelum ini, aku terfikir untuk hanya menjadi seorang guru sekolah atau kolej persediaan, ataupun seorang tutor di university. “Tapi, kalau jadi cekgu atau tutor, gaji tak banyak la…,” kata seorang rakan padaku. Aku sedar akan hakikat ini. Lagi-lagi, aku bukan hanya akan menyara diriku seorang sahaja. Aku sudah bercita-cita untuk membantu ibu-bapaku sedaya upaya yang mungkin. Tapi cukupkah pendapatanku sebagai seorang guru untuk aku hidup dengan senang selepas ini?


Persoalan itu menyentakku. Hidup dengan senang? Nah! Adakah itu sebenarnya yang menjadi persoalanku selama ini? Adakah aku hanya ingin hidup senang? Bukannya hidup yang memadai?


Jangan salah anggap. Kata-kataku itu bukanlah bermaksud aku tidak suka untuk mendapat pendapatan lebih dari yang sepatutnya. Malah, bukankah ramai sahabat Rasulullah SAW terdiri daripada hartawan-hartawan seperti Saidina Uthman dan Abdul Rahman bin Auf? Aku rasa amat-amat bersyukur jika Allah kurniakan nikmat rezeki yang lebih buat diriku. Cuma, aku agak kesal dengan bagaimana aku boleh terfikir untuk mendapat pendapatan yang lebih hanya kerana aku mahu hidup senang. Tidak seperti sahabat-sahabat Rasulullah SAW, yang menggunakan harta kekayaan solely untuk menegakkan kalimah Allah.


Aku takut. Aku takut bila memikirkan bagaimanakah agaknya diriku selepas aku berjaya dalam kerjayaku. Bagaimanakah agaknya aku selepas aku sudah berjaya mendapat gelaran IR atau Dr.? Bagaimankah agaknya aku selepas aku berpendapatan RM70,000-RM100,000 setahun? Adakah aku akan menjadi seperti Saidina Abu Bakar yang boleh menyerahkan segala hartanya demi Islam, ataupun aku menjadi seperti Qarun, yang bermegah-megahan dengan hartanya? Adakah aku akan mengungkapkan kembali kata-kata Qarun:


“… ‘Sesungguhnya aku diberi (harta itu), semata-mata kerana ilmu yang ada padaku.’…” (28:78)


Sungguh kejinya aku jika aku mempunyai perasaan sombong seperti itu. Ya Allah, jauhkanlah kami dari perasaan megah dan bongkak seperti itu. Kami takut, kami akan menjadi ahli-ahli neraka jahim, seperti firman Allah SWT:
“Bermegah-megahan telah melalaikan kamu, sampai kamu masuk ke dalam kubur. Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu), dan janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui. Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin, niscaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahiim, dan sesungguhnya kamu benar-benar akan melihatnya dengan 'ainulyaqin, kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu).” (102:1-8)


Menyedari hakikat itu, kita perlu bersedia. Sudah terlalu ramai orang yang future (lemah semangat) akibat nikmat harta yang Allah telah kurniakan pada kita. Sudah Allah nyatakan bahawa harta, keturunan dan perempuan (pasangan itu) adalah fitnah (ujian) untuk kita. Maka, sentiasalah persiapkan diri kita dengan bekalan-bekalan supaya diri kita tidak menjadi seperti Qarun dan Firaun yang lupa diri kerana harta dan kekuasaan mereka di dunia. Di sinilah peranan tarbiyyah dzatiyah…


Allah menyuruh kita mengejar dunia. Jadi, marilah kita mengejar dunia sehabis-habisnya. Kumpullah harta kekayaan semasa di dunia. Tetapi, bukan untuk dibawa masuk ke kubur. Tetapi adalah untuk mencari kebahagiaan di akhirat jua.. fikir-fikirkan…


Semoga berjaya!!



Wallahu a’lam..



1 comment:

Hacked by w3d0z said...

good luck han!!
all the best=)

berjaya di dunia n akhirat insya Allah!