7/04/2009

Dikejar maut...

10th rejab 1430/4th july 2009
7:53 am

Masih hangat kisah Michael Jackson meninggal dunia diperkatakan, kini bumi Sheffield bergegar dengan satu lagi kisah hangat. Satu kisah jenayah.


Mungkin ia tampak biasa. Tapi tidak bagi kami, pelajar-pelajar malaysia yang tinggal di kawasan broomhall. Kami semua seakan-akan trauma dengan peristiwa ini, seakan-akan kami sendiri yang mengalaminya, seakan-akan kami sendiri melihatnya.

Seorang lelaki telah ditembak mati, 3 orang lagi cedera. Kejadian ini bertempat betul-betul dihadapan rumah lamaku, sejak september-december yang lalu. Seorang sahabatku masih lagi tinggal di sana, masih trauma menyaksikan jalan raya masih bermandikan darah. Memang satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi kami akan meninggalkan bumi uk for good, kamus hidup kami ditintakan oleh tragedy berdarah ini.

Okay, mungkin nampak exaggerated sikit. Sebab lelaki yang mati itu bukanlah dari kalangan yang kami kenal, apalagi rapat. Tetapi, oleh kerana pembunuh itu masih belum dapat dikesan, kami masih ketakutan. Kerana lebih kurang 3 tahun yang lepas, sewaktu aku 1st year di sini, kejadian yang sama pernah berlaku di tempat yang sama. Mangsa tembakan itu adalah seseorang yang aku kenal, landlady rumahku yang lama. Tetapi, tidak tahu jika penembak itu adalah orang yang sama atau tidak.

Agak takut jika selepas ini kami pula menjadi mangsanya.

Takut? Takut mati?


Mm… lumrah bagi manusia untuk takutkan mati. Alasan? Belum cukup amal, terlalu banyak dosa, tak cukup enjoy. Oleh kerana itu, kita sentiasa terasa yang kita masih belum bersedia untuk mati. Padahal waktu kematian itu bukan kita yang tentukan. Dan kita tidak akan tahu bila ajal itu akan menjemput.


Memang kematian adalah satu tazkirah yang paling berkesan ke atas manusia. Kerana kematianlah yang menjadi pemisah antara kita dan dunia fana’ ini. Selalunya bila kita sebut sahaja tentang kematian, kita akan segera teringatkan allah. Barulah nak teringat, aku sudah tunaikan solat fardhu kah? Aku sudah habis ganti puasakah? Sebagai bukti yang kita tahu, kematian itu bukan pengakhir segalanya. Kerana selepas kematian itu, masih ada sesuatu yang besar menunggu kita. Neraca mizan yang akan menimbang segala amalan kita sewaktu di dunia, tidak kira kecil atau besar. Yang nampak atau tidak nampak. Tidak kira samada ianya satu lintasan hati sahaja (untuk sesuatu yang baik. Bagi sesuatu keburukan, dosa hanya dikira apabila kita sudah melakukannya. Betapa Allah itu Maha Pemurah).


Actually, itu adalah satu petanda yang baik bagi mereka yang sentiasa takutkan mati. Kerana takut itu bermakna mereka sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga atau precaution sebelum ajal itu tiba. Oleh sebab itu, sifat takut atau ingatkan mati itu termasuk dalam 10 sifat mahmudah yang kita pelajari sewaktu sekolah rendah dulu. Tapi, sifat ini menjadi satu sifat yang terpuji jika hanya disertai dengan langkah berjaga-jaga tadi. Apa langkah-langkahnya? You know what.


Tetapi subjek yang kita takuti itu juga perlu kita kenal pasti. Adakah kita takut kepada mati itu sendiri, atau takut akan kehidupan selepas itu? Adakah kita hanya takutkan sakaratul maut itu, atau takutkan azab yang bakal menimpa kita? Jangan lupa, sakaratul maut tetap menanti kita. Sedangkan Rasulullah SAW yang ma’sum itu dahulu pun terasa azab apabila rohnya ditarik dengan sangat lembut oleh Malaikat Maut, apalagi kita yang kerapkali lalai dari menunaikan tanggungjawab kita. Maka takutlah pada azab yang Allah telah janjikan bagi sesiapa yang ingkar dengan perintah Allah SWT. Maka dengan rasa takut itu sahaja, kita akan lebih berwaspada dengan tingkah laku kita sementara masih bernyawa.


Janganlah kita menjadi seperti orang yang akan menyesal di kemudian hari kerana kurangnya bekalan untuk kita mengengsot pun ke Syurga Allah nanti. Pada waktu itu, penyesalan kita itu sudah tidak berguna lagi, seperti firman Allah:
Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata: "Ya tuhanku, mengapa engkau tidak menangguhkan (kematian) ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh?" (63:10)


Jika sudah tiba waktunya, sudah tiada lagi penangguhan waktu. Tiada lagi ruang untuk kita meminta belas kasihan, dan tiada lagi daya untuk lari darinya.


Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan". (62:8)


Janganlah jadi seperti orang-orang musyrik dan yahudi seperti yang Allah ceritakan dalam AlQuran. Mereka membenci mati kerana banyaknya dosa mereka tetapi masih tidak mahu kembali kepada ajaran rasul mereka kerana kebongkakan mereka. Tetapi, jadilah seperti para Sahabat Rasulullah SAW. Mereka takut akan Azab Allah, maka mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai Redha Allah SWT, dan terus ingin mengejar syahid di jalanNya...



Wallahu a’lam...


No comments: