6/11/2009

Wasiat Agung...

18 Jamadil Akhir 1430/11th June 2009
4:55pm


Sudah habis belajar, banyak pula masa terluang. Kadang-kala terasa dungu, duduk seorang diri di rumah, kebosanan. Terpandang pula ke sebelah kiriku, sebuah rak yang penuh dengan buku-buku yang tak sempat kubelek sejak ku membelinya. Aku memang amat gemar membaca. Tetapi sejak akhir-akhir ini, hobiku itu tak dapat kupenuhi dek kerana terlalu sibuk dengan kerja-kerja assignment dan sebagainya. Memang alam university tak sama dengan alam persekolahan atau pun A-Level. Jauh bezanya.


Okok... Back to the story.

Aku pun tergerak untuk membelek salah sebuah buku yang tersusun kemas (tapi berhabuk) di rak itu. ‘Sirah Nabi Muhammad SAW – Pengajaran & Pedoman’ menjadi pilihan. Buku ini adalah hasil tulisan Dr. Mustafa as-Syibaie ketika beliau sedang sakit tenat. Terlalu banyak aspek-aspek yang dikembangkan dalam buku ini, terutamanya dari aspek akhlaq, kepimpinan, dan kebangkitan iman kepada Allah SWT dan RasulNya.

Sampai ke mukasurat 196, aku cukup terkesan dengan khutbah Rasulullah SAW sewaktu Hajjatul Wada (Haji Selamat Tinggal), iaitu satu-satunya haji yang ditunaikan oleh Baginda…

“Wahai manusia! Dengarlah sabdaku. Aku tidak tahu, boleh jadi aku tidak akan menemui kamu selepas tahun ini di tempat ini untuk selama-lamanya (ramalan ini adalah antara mukjizat Rasulullah SAW).

……………………………

“Wahai manusia! Syaitan telah berputus asa buat selama-lamanya untuk dia disembah lagi di bumi kamu ini. Namun sekiranya dia dipatuhi dalam perkara lain yang kamu anggap lekeh, ia sudah cukup untuk menyenangkan hatinya. Oleh itu, berwaspadalah terhadap agamamu.

………………………………

Sungguh terpukul dengan pesanan Rasulullah SAW yang satu ini. Ya, memang benar syaitan telah pun berputus asa untuk mengheret kita untuk menyembahnya. Ya, mungkin kita rasa tidak mungkin untuk kita mensyirikkan Allah dan mula untuk menyembah berhala atau sebagainya. Mungkin juga kita terasa bahawa tidak mungkin untuk kita meminta pertolongan dari jin atau syaitan untuk tujuan sihir atau sewaktu dengannya. Tapi, ingatlah. Iblis sudah berjanji dengan Allah bahawa dia tidak akan masuk ke dalam neraka seorang diri.

“Iblis berkata: ‘Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka’. Allah berfirman: ‘Ini adalah jalan yang lurus; kewajiban Aku-lah (menjaganya).’” (15:39-41)

Jika iblis dan anak-beranaknya tidak mampu untuk membawa kita kepada penyembahan thagut yang nyata atau jelas, janganlah kita berasa kita berada dalam zon selamat. Sebagaimana wasiat Rasulullah SAW, mereka akan cuba menarik kita ke lembah kotor mereka melalui elemen-elemen lain, yang mungkin kita sering rasa remeh dan lekeh. Elemen-elemen itu mungkin datangnya dari aktiviti-aktiviti kita seharian.

Jadi berhati-hatilah sahabat-sahabatku. Janganlah kita terleka walau sesaat pun. Sesungguhnya sifat syaitan itu datang dan pergi, menjelma dan bersembunyi (sebagaimana disebut dalam surah an-Nas). Datang dan menjelmanya ia apabila kita lalai. Pergi, bersembunyi dan lari kecuakannnya ia apabila kita sentiasa berada dalam keadaan jaga, sedar dan bersedia dengan perisai zikrullah.


Mahu juga quote ayat terakhir dari wasiat Baginda:

“Ya Allah, adakah aku telah menyampaikan?”



Wallahu a’lam.

No comments: