5/15/2009

Mari Kita Bebaskan Mereka!!!!

20 Jamadil Awwal 1430/ 15th May 2009
2:27 pm

Today is Nakba Day. What is Nakba? Do you ever heard of it? Mmm…

Aku pun dulu tak pernah dengar pasal Hari Nakbah ni, sampailah pada tahun lepas, di mana hari itu digembar-gemburkan untuk memperingati 60 tahun peristiwa Nakbah.

Jadi, apakah itu Nakbah?

Tahukah anda apa yang telah terjadi pada Negara Palestin? Tahukah pula anda tentang sejarah penubuhan Negara Israel?
Mmm.. dulu pun aku tak tahu. Yang aku tahu, Israel tu jahat. Yang selebihnya, aku malas nak ambil kira.

Tetapi sekarang, selepas aku mengetahui akan hakikatnya, satu kesedaran mula timbul. Kesedaran di mana betapa aku sangat bertanggungjawab untuk memainkan perananku untuk membebaskan rakyat-rakyat Palestin yang sudah bertahun-tahun menanggung derita.

So, Nakbah tu apa??

Tahukah anda di mana kedudukan Palestin dalam peta dunia? Jika kita lihat di Google Map ( http://maps.google.co.uk/maps?hl=en&ie=UTF8&ll=31.634676,34.760742&spn=4.582636,14.018555&z=7 ), Palestin terbahagi kepada dua bahagian. Yang pertama adalah kawasan Tebing Barat (West Bank), dan yang kedua adalah kawasan Semenanjung Gaza (Ghaza Strip). Kecil je kawasannya.

Cuba kita lihat pula pada Israel. Kawasannya berganda-ganda besar berbanding Palestin. Dan Negara Israel menjadi pemisah kepada kedua-dua kawasan ini.

Tahukah anda bahawa Negara Israel baru sahaja muncul di peta dunia pada 61 tahun lepas?

Ooo.. yeke…. Asalnya Negara Israel tu apa sebenarnya??

Haa… ni lah yang nak diceritakan. Tahukah anda bahawa keseluruhan Negara Israel itu adalah asalnya merupakan Negara Palestin?

Siyes???

Iye… 61 tahun dulu, puak Zionist telah merampas tanah orang-orang Palestin sedikit demi sedikit. Orang-orang Palestin yang menentang mereka telah ditindas, dihalau, dan ramai juga yang dibunuh dengan kejam. Sehingga kini mereka tidak henti-henti melancarkan serangan kepada rakyat-rakyat Palestin yang tidak bersalah itu, terutamanya di Gaza.


Kenapa nak serang Gaza je? Cane dengan Tebing Barat?

Gaza kini dipimpin oleh pemimpin-pemimpin Hamas, yang memenangi pilihanraya secara demokrasi, manakala Tebing Barat pula dipimpin oleh pemimpin-pemimpin Fatah, yang merupakan tali barut kepada Israel. Disebabkan Hamas menentang Israel sehabis-habisnya, maka Israel sudah tentu melancarkan serangan bertubi-tubi kepada mereka, biarpun berjuta nyawa yang dikorbankan.

Tetapi, Hamas dan rakyat-rakyatnya sudah tentu tidak akan berdiam begitu sahaja, lagi-lagi apabila Isarel tidak pernah berhenti daripada merampas hak-hak rakyat Palestin ini. Apabila mereka menyerangbalas, mereka sudah dilabel ‘pengganas’ oleh media yang di’control’ oleh Israel. Padahal mereka hanya ingin mempertahankan hak mereka. Jika perkara yang sama berlaku pada kita, sudah tentu kita juga akan bertindak dengan tindakan yang sama. Jika tidak, maka pengecutlah kita. Kita orang Islam bukan pengecut. Malah, kita orang islam telah diangkat darjat oleh Allah dengan kekuatan yang berlandaskan iman dan taqwa. Jika kita menyerah kalah dengan orang kafir durjana seperti mereka, maka kita telah member ruang pada mereka untuk terus menjatuhkan martabat agama kita sendiri. Seperti islam telah sujud kalah menghambakan diri pada mereka. Tetapi islam yang sebenarnya bukanlah selemah itu.

Itulah perjuangan Hamas dan rakyat-rakyat Palestin. Mereka tidak pernah sekali-kali berjuang semata-mata hanya dengan semangat nasionalism.

Jom kita reflex kembali peperangan pertama orang islam dengan golongan kuffar Quraish. Perang Badar. Apakah sebab terjadinya peperangan tersebut?

Ghazwah Badar ini tercetus pada 17 Ramadhan, 2H apabila Rasulullah SAW telah mengajak sahabat-sahabat Baginda untuk melakukan sekatan terhadap kafilah dagang Quraisy yang pulang dari Syam ke Mekkah, yang diketuai oleh Abu Sufian. Sekatan ini bukanlah dilakukan saja-saja, jauh sekali dengan niat untuk mencetuskan peperangan. Tetapi, itu merupakan peluang keemasan untuk mereka untuk mendapatkan kembali hak mereka, oleh kerana pada waktu itu, kafilah Abu Sufian ini sarat dengan harta dan barangan penduduk Makkah, yang terdiri dari seribu ekor unta penuh dengan muatan dan harta benda, dianggarkan tidak kurang dari lima puluh ribu dinar emas. Semua muatan itu adalah hak milik para muhajirin yang telah dirampas oleh musyrikin Quraisy.

Tetapi, disebabkan Abu Sufian telah menyedari akan rancangan Baginda, maka Abu Sufian dan kuncu-kuncunya telah malancarkan terlebih dahulu peperangan menentang Rasulullah SAW. Rasulullah SAW tidak berdiam diri, maka Baginda bersama 313 orang sahabat-sahabat Baginda bersiap sedia menerima serangan daripada 1000 orang musyrikin. Dengan pertolongan Allah SWT, tentera muslimin telah berjaya mematahkan serangan mereka.

Point yang ingin ditekankan di sana adalah bagaimana Rasulullah SAW juga telah mengajar kita untuk mempertahankan hak kita, dengan cara berhemah. Jika mereka tidak berkasar, maka kita juga tidak boleh mengasari mereka, tetapi menyelesaikan dengan cara yang lembut. Tetapi, jika mereka sendiri yang telah melancarkan serangan bertubi-tubi pada kita, bolehkah kita masih berdiam diri, atau pun just give in??

Rakyat-rakyat Palestin telah bersusah payah mempertahankan negara mereka daripada terus dijajah dan dirampas. Setiap hari hidup mereka sentiasa diancam maut. Tetapi, amat dikagumi, mereka tidak pernah sekali-kali berputus asa, apalagi lalai dari beribadah kepada Allah. Walaupun hidup mereka dibelenggu oleh peperangan, tetapi, mereka tidak pernah sesekali melupakan mutabaah amal (ibadah harian) mereka. Mereka tidak lupa untuk berzikir, mereka tidak lupa untuk solat sunat, ibadah-ibadah yang kita dalam keadaan ‘senang’ ini pun sentiasa ambil ringan.

Apakah peranan kita di sini?

Mungkin kita tidak mampu untuk berperang bersama mereka. Tetapi, janganlah kita lupa akan perjuangan mereka selama 61 tahun ini. 61 tahun mereka telah dijajah. Mereka bulan orang lain. Mereka adalah saudara kita. Saudara se’aqidah’. Nilai persaudaraan inilah yang perlu kita jaga. Sepertimana disebut dalam hadis sahih:
Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik RA, pembantu Rasulullah , dari Rasulullah SAW, Baginda bersabda:
“Tidak beriman salah seorang diantara kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Peranan kita:
1. Berdoa untuk ketabahan mereka dalam berjuang, dan akan kebebasan mereka.
2. Memberikan bantuan kewangan, pakaian dan segala keperluan kepada mereka.
3. Memberikan kesedaran ini kepada kenalan-kenalan, dan ahli keluarga kita.
4. BOIKOT barangan Israel!!!!

Untuk mengetahui tentang barang-barang yang perlu diboikot, bolehlah melawat ke link ini:


Bantulah rakyat-rakyat Palestin dengan dengan apa-apa cara sekalipun. Dan jangan sekali-kali kita menyumbang kepada Zionist untuk lebih mudah untuk menjatuhkan saudara kita sendiri.

Ya Allah, Kau lindungilah mereka di sana. Kau selamatkanlah mereka. Kau kurniakanlah kekuatan kepada mereka, kepada orang-orang yang berjihad di jalanMu. Tidak kira di Palestine, Afghanistan, dan di semua tempat, sepanjang masa. Hanya kepadaMu lah kami meletakkan seluruh pergantungan, ya Allah yang Maha Besar, Maha Kuat, Maha Perkasa, Maha Penyayang....

Wallahu a’lam...

p/s: Kisah Ghazwah Badar Kubra di atas adalah dirujuk dari Raheequl Makhtum.
p/ss: So nakbah tu apa??

No comments: