5/22/2009

Di manakah sumber ketenangan?

27 Jamadil Awwal 1430/22nd May 2009
8:55 am


Tik.. Tok.. Tik.. Tok.. Detik jam berjalan tanpa henti. Tik.. Tok.. Tik.. Tok.. Masa tidak pernah berhenti menunggu kita yang kelalaian. Tik.. Tok.. Tik.. Tok.. Semakin kita lalai, semakin kita jauh ketinggalan daripada puncak kejayaan. Kerana kejayaan itu hanyalah milik bagi mereka yang sentiasa dalam keadaan sedar akan tanggungjawab yang sedang dipikul, dan sentiasa berusaha ke arah itu. Mereka yang lalai, akan terus ditelan dek arus yang memesong-mesongkan matlamat diri.


Exam akan bermula dalam masa beberapa hari sahaja lagi. Sudah berapa banyak silibus yang sudah berjaya diulangkaji? 2 muka surat? 5 mukasurat? Separuh? Sudah habis? Semuanya bergantung kepada usaha dan kemampuan masing-masing. Tetapi yang pasti, pada waktu ini, tekanan dan ketegangan pasti amat-amat dirasakan. Bagi diriku, aku pastinya merasakan tekanan ini, lagi-lagi ini adalah peluang terakhirku untuk memperbaiki keputusan peperiksaan akhirku, yang akan menentukan di manakah masa depanku selepas ini.

Dalam mengatasi tekanan ini, seringkali kita cuba untuk mencari alternative untuk menjauhkan kita daripada masalah-masalah stadi tersebut. Apakah contoh alternative tersebut? Mm.. Mungkin hiburan. Dengan hiburan, hati pun akan menjadi tenang dan riang.

Betul ke?

Baik. Kita berhibur sebentar untuk 15 minit.

Tik.. Tok.. Tik.. Tok..

Ok, habis 15 minit. Kita start stadi semula.

Aishh… tak leh concentrate pulak. Tensen.. Tensen… Oklah, cukuplah stadi untuk hari ni. Kalau sambung stadi lagi, bukan leh masuk dalam otak pun. Rugi je. Dah penat sangat dah ni kot.

Lalu, kita berhenti dari mengulangkaji dan terus berhibur yang kononnya tadi hanya untuk 15 minit sahaja.

Lihatlah bagaimana syaitan telah berjaya memesongkan matlamat kita, dan telah melemahkan kita, hanya dengan hiburan yang secebis. Syaitan tidak pernah bercuti daripada sentiasa mencari lubang-lubang untuk dia memasukkan jarum bisanya yang boleh menyesatkan kita. Cara yang paling mudah dan berkesan adalah, hiburan.

Kerana itulah kita perlu sentiasa sedar dan fikirlan kembali di manakah sumber kekuatan kita. Ianya datang hanya daripada Allah SWT. Kerana Dia Maha Kuat, Maha Perkasa dan Maha Mengetahui. Di saat kita terasa lemah, mohonlah daripada Allah SWT supaya dikurniakan kekuatan. Jika kita terasa seperti sukar untuk memahami sesuatu pelajaran, mohonlah juga daripadaNya, kerana milikNyalah segala ilmu.

Tidak mengapa jika ingin berhibur sebentar. Tapi, perlulah berpada-pada dan berdisiplin. Jika kita mengetahui bahawa hati kita tidak cukup kuat, lebih baik jangan dimulakan langsung, takut jika kita terbawa-bawa dengan hiburan tersebut. Sebaliknya, cubalah salurkan ke arah yang lain. Mungkin bersukan atau berjalan-jalan sebentar menghirup udara segar memerhati ciptaan Allah. Pendek kata, lakukanlah sesuatu yang boleh mendatang manfaat, daripada melakukan sesuatu yang tidak mendatangkan apa-apa.

Tidak berniat untuk menulis panjang kerana tuntutan ilmu sedang memanggil-manggil. Apa-apa pun, mari kita sama-sama berdoa akan keyaan kita bersama. Berdoalah juga supaya Allah mengurniakan yang terbaik buat diri kita.

Mari berusaha!!! Dan seterusnya tawakkalna ‘alaLlah....


Wallahu a’lam...

3 comments:

Hacked by w3d0z said...

sumber ketenangan adalah bilamana kita mengingati Allah..

(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Ar-Rad:28)

Moga sentiasa mendapat ketenangan..=)

keep on writing..i like ur style of writing..=)

Z said...

tgh study..tiba2 rasa tgk utube tu best..ish ish..teruknya.
hehe
jom smbung study yeah..

Han Rohim said...

heheh... paham je... tula.. hiburan tu memang best... tp bile kire rase best sangat.. tu yg bahaya tu... for me.. hiburan tu 'ok' selagi tak melalaikan..

wallahu a'lam...