5/04/2009

You've Got Only 2 Days Left!!!!

9th Jamadil Awwal 1430/4th May 2009
9:19 am


Aaarrghhhh!!!!! Final year project aku pun aku tak tau sempat siap ke tak. Thesis kene submit 6th Mei. Tapi, test pun aku tak buat lagi. Apa lagi nak dapat result. Apa aku nak tulis dalam thesis aku ni?? Skang ni baru siap 5522/10000 words. Uwaaa!!! Mahu nangis… Sempat ke ni...sempat ke ni....??!!!


Hey, kenapa mahu menangis sekarang? Bukankah dahulu kau yang beriya-iya berseronok-seronok, membuang masa dengan perkara-perkara yang tak berfaedah? Dahulu, jika kau ada masa lapang, kau habiskan masa dengan Youtube la.. movie korea la.. itu la.. ini la… sekarang.. inilah padahnya!!

Mm… fenomena ini sudah terlalu biasa terjadi di kalangan kita, terutama para student. Jika kita diberikan kerja-kerja atau assignment, kita selalu mengambil sambil lewa. Tunggu sehingga last minute, barulah kita kelam-kabut untuk menyiapkan kerja kita tersebut. Padahal, masa-masa lapang yang telah dikurniakan pada kita sebelum ini, kita buang begitu sahaja.
“Ala.. tak ade masa la… aku memang busy sangat.. banyak sangat kerja.. memang tak dan la nak siapkan sume keje ni.. lecturer ni pun satu.. ade ke patut kasi banyak-banyak kerja sekaligus. Ingat aku ni robot ke??”

Mm… alasan macam ini pun selalu sahaja kita dengar. Alasan seperti banyak kerja, tak sempat, dan yang paling teruk sekali, kita menyalahkan orang lain dengan ketidak sempatan kita untuk menyiapkan kerja yang diberikan itu. Padahal, banyak pula masa kita untuk dihabiskan dengan bersuka-ria, menonton wayang dan sebagainya.

Itulah akibat apabila kita sangat gemar untuk mencampur-adukkan antara yang halal dan yang haram atau pun syubhah.

Cuba kita bayangkan, di satu restoran, kita telah order segelas air jus oren. Apabila kita dapat saja air jus yang telah diorder tersebut, kita dapati di dalam air tersebut ada beberapa ekor semut “kelemasan”. Kita terus jadi tidak senang atau lebih teruk, berasa marah, lalu kita memanggil waiter di restoran itu untuk mengadu akan hal tersebut. Kita memilih untuk tidak meminum air tersebut kerana berasa ia tidak bersih dan sebagainya. Atau pun, cuba bayangkan gelas yang mengisi air jus tersebut terdapat bekas gincu. Sudah tentu kita terasa jijik untuk meminumnya, padahal boleh sahaja kita meminumnya dari tempat yang tidak terkena gincu itu.

Begitu juga halnya dengan diri kita dengan Allah. Apabila kita telah mengotori jiwa kita dengan perkara-perkara lagha, yang melalaikan kita dari menjadi seorang muslim yang sempurna, adakah layak untuk kita mendapat pertolongan Allah itu?

Ya, Allah itu Maha Pemurah, Maha Penyayang. Memang Allah sayangkan kita. Apa yang kita harapkan, sepatutnya Allah akan kasilah… Tapi, jangan lupa akan sunnatullah yang telah Allah tetapkan. Barang siapa yang berusaha, dialah yang akan mendapat kejayaan. Dan berusaha itu tidak cukup jika tidak disematkan dengan rasa pergantungan kepada Allah, iaitu berasa redha dengan apa jua hasil kerana segala hasil dari usaha itu hanyalah datang daripada Allah. Pergantungan atau tawakkal itu pula tidak cukup jika kurangnya keimanan kita kepada Allah.

Sebab itu, kita perlu sentiasa tanya pada diri kita sendiri di atas kegagalan kita dalam sesuatu pekerjaan. Daripada kita menyalahkan sesuatu atau orang lain, cuba untuk kita cermin kembali diri kita, apakah silapnya kita. Adakah aku telah melakukan sesuatu dosa atau perkara yang dibenciNya, yang menyebabkan Dia tidak memberkati segala pekerjaanku? Dengan bertanyakan soalan-soalan seperti itu, kita akan berusaha lebih kuat lagi untuk memperbaiki diri dari semua segi supaya menjadi seorang insan yang lebih baik, terutama dari pandangan ‘mata’Nya.

Pada pendapatku, kerja-kerja seperti assignment dan projek tidak boleh dijadikan alasan atau penghalang untuk kita daripada terus mencari majlis-majlis ilmu yang boleh mengisi hati-hati kita. Sesungguhnya hati kita memang sentiasa kelaparan. Hati kita sentiasa memerlukan makanan yang boleh meningkatkan keimanan kita pada Allah. Itulah fitrahnya. Jika ia tidak diberikan hak yang sepatutnya, oleh kerana itu kita sentiasa tidak tenang. Kerana nikmat ketenangan itu milik Allah. Jika hati kita itu diisi dengan sinaran tarbiyyah, insya Allah, Allah akan memudahkan segala pekerjaan kita, kerana kita percaya, segala isi dunia ini hanya datang dengan izinNya.

Aku sangat suka dengan rahsia kejayaan yang dari awal lagi Allah telah revealkan untuk kita:

“Hai, orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan satu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya. Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga Adn. Itulah keberuntungan yang besar. Dan kurnia lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman.” (61:10-13)

Lihatlah!! Inilah janji Allah. Dan kita sentiasa janji Allah pasti benar. Kerana Allah itu Maha Benar! Kerana apa lagi kita masih ingin tetap melakukan perkara-perkara yang Allah benci, padahal kita sentiasa mengimpikan pertolongan daripada Allah dan kemenangan atau kejayaan yang dekat? Adakah kita percaya kita boleh mendapat kejayaan dari jalan yang lain selain yang datang dariNya? Sudah tentu tidak. Terang sudah Allah nyatakan dalam firmanNya dengan beriman kepada Allah dan RasulNya sahaja, kita dijaminkan kejayaan itu. Keimanan itu sudah tentu tidak boleh datang bergolek begitu sahaja. Tetapi, memerlukan masa yang amat panjang. Di sinilah peranan tarbiyyah yang mengisi hati kita. tanpa tarbiyyah, kita akan mudah lalai. Tarbiyyah itu menguatkan hati kita.

Jom kita sama-sama berusaha ke tangga kejayaan!!!! Di dunia dan di akhirat insya Allah…

- never underestimate the power of du'a -

p/s: doakan saya colloquium n viva 19th may ni ye... berdebar ni...

Wallahu a’lam…

No comments: