10/07/2008

Jangan Kau Pergi.... :(

27 Ramadhan 1429/27th September 2008
10:23 am

Alone in my room. Hari ni baru masuk hari ke-3 aku bermastautin di bilik baruku. Alhamdulillah, keadaan selesa di sini. Walaupun aku berasa agak kekok dengan 2 non-Malaysian housemates ku, namun, aku berusaha untuk membiasakan diri. Lagipun, ini adalah tahun terakhirku di Sheffield. Inilah peluangku untuk aku bersosial pula dengan golongan berbangsa ala-ala Arab. Selama ini aku hanya berada di dalam lingkungan orang-orang Melayu sahaja.

Lagi 2 hari, sesi akademik kami bakal bermula. Cuak. Almaklumlah, final year student. Aku tidak tahu lagi ‘kesengsaraan’ yang bakal menimpa kami. Tambahan lagi, pada tahun ini kami akan dibebani dengan satu module bernilai 40 credit hour, iaitu Individual Project. Module inilah yang amat-amat aku geruni. Bagi mereka yang mempunyai minat yang mendalam dalam bidang kejuruteraan ini, mungkin module ini bukanlah sesuatu yang sukar. Tapi bagiku yang agak jahil dalam bidang ini (walaupun dah 3 tahun belajar… x pandai2 gak lagi… huhhu…. :( ), ia mungkin sesuatu yang amat membebaniku. Namun, hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku…..

Apa yang lebih menyempitkan perasaanku, adalah dengan bakal berakhirnya bulan Ramadhan, yang bagiku merupakan satu bulan motivasi untukku memperbanyakkan amalan dan bertaqarrub (mendekatkan diri dengan Maha Pencipta). Aku takut. Aku gentar. Aku risau kalau-kalau taqwaku masih di tahap yang sama di saat belenggu iblis dan syaitan itu dilepaskan kembali. Jika aku gagal melatih diriku pada bulan Ramadhan ini, ini bermakna tidak lain dan tidak bukan, aku hanya memudahkan kerja-kerja syaitan. Mereka tidak perlu lagi bersusah payah untuk menggodaku supaya melakukan kerja-kerja terkutuk. Malah aku hanya perlu mengikut sahaja godaan-godaan nafsuku yang dicipta oleh diriku sendiri… :(( AKU TAKUTTTT…….!!!!!

Aku berazam, aku ingin menjadi orang yang baru. Aku bukan lagi Syida/Han yang dahulu. Aku tidak mahu tahap imanku itu berada di takuk yang lama. Aku ingin namaku disebut-sebut di arasy Allah. Aku ingin namaku dilaporkan oleh malaikat-malaikat kepada Allah sebagai hambaNya yang sentiasa bertasbih menyebut namaNya. Dan aku ingin menyeru sahabat-sahabat semua supaya memasang cita-cita yang sama, atau lebih hebat dari itu. Jangan biar syaitan menang!!!!!

Wallahu a’lam…

Salam Aidilfitri… maaf zahir batin atas salah silap… halalkan makan minum… taqabbal Allaha minna wa min kum….

No comments: