5/28/2009

Wanita itu....

4 Jamadil Akhir 1430/28th May 2009
2:35 pm


Siapakah wanita?
Wanita itu perhiasan dunia

Perhiasan? Perhiasan macam mana? Macam ni?


Adakah wanita itu bersifat begini? Adakah martabat wanita itu serendah ini? Adakah terciptanya wanita itu hanya sebagai pemuas nafsu? Atau adakah tercipatanya wanita itu hanya sebagai hamba? Atau adakah terciptanya wanita itu sebagai pelaris majalah?

Wahai wanita,
Jagalah pekertimu, jagalah maruahmu
Kerana nilaimu amat tinggi
Jika kau sendiri sanggup menggadai diri
Maka tiada siapa yang akan memandang tinggi akan dirimu

Wahai wanita,
Di manakah terletaknya nilaimu?
Nilaimu bukanlah terletak kepada lawanya kasutmu
Bukannya terletak kepada mahalnya pakaianmu
Bukannya terletak kepada cantikny rupamu
Bukannya terletak kepada ‘sexy’ny dirimu
Dan bukannya terletak kepada ‘hensem’nya boyfriend mu
Tetapi di mana?
Pada sifatmu.
Sifat fitrah seorang wanita
Yang kian menghilang
Santunmu, malumu, ketegasanmu…
Kemanakah perginya?
Kemanakah perginya ‘Aisyah? Ke manakah perginya Khadijah? Kemanakah perginya Fatimah?

Wahai anak,
Lihatlah wajah ibumu
Semakin hari semakin banyak garis-garis tua yang lahir di wajahnya
Namun, ibumu tidak pernah lepa daripada tangggungjawabnya
Mendidikmu, menjagamu, membesarkanmu…
Dan dialah sahabat karibmu
Tidak kira siapa yang pernah hadir dan menghilang dari hidupmu
Tetapi ibumu, tidak akan pernah akan meninggalkanmu
Ibumu sentiasa bersamamu tika kau bersedih dan tertawa
Maka hargailah jasanya.
Thank you Allah for giving us our mothers
O, Allah, please protect my mother and father from any harm

Wahai suami,
Sayangkah kau pada isterimu?
Ya, kau kata kau sayang
Tapi sayangmu itu tidak bermakna
Jika kau hanya meluahkan ‘I love you’ sahaja
Dan isterimu itu bukanlah semata-mata seorang yang kau boleh jadikan hamba nafsumu
Isterimu bukanlah tempat kau melepaskan marahmu di kala kau tertekan
Isteri itu..
Adalah ketenanganmu, adalah tempat kau bermanja,

Wahai anak, wahai suami, wahai manusia,
Lihatlah wajah-wajah wanita yang banyak berkorban kerana dirimu
Seberat mana mereka terpaksa menelan pahit atas karenahmu,
Namun, wanita itu tetap tersenyum
Asalkan kau gembira
Maka, hargailah mereka


Wahai wanita, Lihatlah di manakah sepatutnya kedudukanmu di hati-hati mereka..

Sungguh tinggi martabatmu..

Ya, tinggi...
Jika kau seorang yang solehah…




Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Wallahu a'lam

Nukilan seorang wanita... (d first half jek.. :D)

5/22/2009

Di manakah sumber ketenangan?

27 Jamadil Awwal 1430/22nd May 2009
8:55 am


Tik.. Tok.. Tik.. Tok.. Detik jam berjalan tanpa henti. Tik.. Tok.. Tik.. Tok.. Masa tidak pernah berhenti menunggu kita yang kelalaian. Tik.. Tok.. Tik.. Tok.. Semakin kita lalai, semakin kita jauh ketinggalan daripada puncak kejayaan. Kerana kejayaan itu hanyalah milik bagi mereka yang sentiasa dalam keadaan sedar akan tanggungjawab yang sedang dipikul, dan sentiasa berusaha ke arah itu. Mereka yang lalai, akan terus ditelan dek arus yang memesong-mesongkan matlamat diri.


Exam akan bermula dalam masa beberapa hari sahaja lagi. Sudah berapa banyak silibus yang sudah berjaya diulangkaji? 2 muka surat? 5 mukasurat? Separuh? Sudah habis? Semuanya bergantung kepada usaha dan kemampuan masing-masing. Tetapi yang pasti, pada waktu ini, tekanan dan ketegangan pasti amat-amat dirasakan. Bagi diriku, aku pastinya merasakan tekanan ini, lagi-lagi ini adalah peluang terakhirku untuk memperbaiki keputusan peperiksaan akhirku, yang akan menentukan di manakah masa depanku selepas ini.

Dalam mengatasi tekanan ini, seringkali kita cuba untuk mencari alternative untuk menjauhkan kita daripada masalah-masalah stadi tersebut. Apakah contoh alternative tersebut? Mm.. Mungkin hiburan. Dengan hiburan, hati pun akan menjadi tenang dan riang.

Betul ke?

Baik. Kita berhibur sebentar untuk 15 minit.

Tik.. Tok.. Tik.. Tok..

Ok, habis 15 minit. Kita start stadi semula.

Aishh… tak leh concentrate pulak. Tensen.. Tensen… Oklah, cukuplah stadi untuk hari ni. Kalau sambung stadi lagi, bukan leh masuk dalam otak pun. Rugi je. Dah penat sangat dah ni kot.

Lalu, kita berhenti dari mengulangkaji dan terus berhibur yang kononnya tadi hanya untuk 15 minit sahaja.

Lihatlah bagaimana syaitan telah berjaya memesongkan matlamat kita, dan telah melemahkan kita, hanya dengan hiburan yang secebis. Syaitan tidak pernah bercuti daripada sentiasa mencari lubang-lubang untuk dia memasukkan jarum bisanya yang boleh menyesatkan kita. Cara yang paling mudah dan berkesan adalah, hiburan.

Kerana itulah kita perlu sentiasa sedar dan fikirlan kembali di manakah sumber kekuatan kita. Ianya datang hanya daripada Allah SWT. Kerana Dia Maha Kuat, Maha Perkasa dan Maha Mengetahui. Di saat kita terasa lemah, mohonlah daripada Allah SWT supaya dikurniakan kekuatan. Jika kita terasa seperti sukar untuk memahami sesuatu pelajaran, mohonlah juga daripadaNya, kerana milikNyalah segala ilmu.

Tidak mengapa jika ingin berhibur sebentar. Tapi, perlulah berpada-pada dan berdisiplin. Jika kita mengetahui bahawa hati kita tidak cukup kuat, lebih baik jangan dimulakan langsung, takut jika kita terbawa-bawa dengan hiburan tersebut. Sebaliknya, cubalah salurkan ke arah yang lain. Mungkin bersukan atau berjalan-jalan sebentar menghirup udara segar memerhati ciptaan Allah. Pendek kata, lakukanlah sesuatu yang boleh mendatang manfaat, daripada melakukan sesuatu yang tidak mendatangkan apa-apa.

Tidak berniat untuk menulis panjang kerana tuntutan ilmu sedang memanggil-manggil. Apa-apa pun, mari kita sama-sama berdoa akan keyaan kita bersama. Berdoalah juga supaya Allah mengurniakan yang terbaik buat diri kita.

Mari berusaha!!! Dan seterusnya tawakkalna ‘alaLlah....


Wallahu a’lam...

5/15/2009

Mari Kita Bebaskan Mereka!!!!

20 Jamadil Awwal 1430/ 15th May 2009
2:27 pm

Today is Nakba Day. What is Nakba? Do you ever heard of it? Mmm…

Aku pun dulu tak pernah dengar pasal Hari Nakbah ni, sampailah pada tahun lepas, di mana hari itu digembar-gemburkan untuk memperingati 60 tahun peristiwa Nakbah.

Jadi, apakah itu Nakbah?

Tahukah anda apa yang telah terjadi pada Negara Palestin? Tahukah pula anda tentang sejarah penubuhan Negara Israel?
Mmm.. dulu pun aku tak tahu. Yang aku tahu, Israel tu jahat. Yang selebihnya, aku malas nak ambil kira.

Tetapi sekarang, selepas aku mengetahui akan hakikatnya, satu kesedaran mula timbul. Kesedaran di mana betapa aku sangat bertanggungjawab untuk memainkan perananku untuk membebaskan rakyat-rakyat Palestin yang sudah bertahun-tahun menanggung derita.

So, Nakbah tu apa??

Tahukah anda di mana kedudukan Palestin dalam peta dunia? Jika kita lihat di Google Map ( http://maps.google.co.uk/maps?hl=en&ie=UTF8&ll=31.634676,34.760742&spn=4.582636,14.018555&z=7 ), Palestin terbahagi kepada dua bahagian. Yang pertama adalah kawasan Tebing Barat (West Bank), dan yang kedua adalah kawasan Semenanjung Gaza (Ghaza Strip). Kecil je kawasannya.

Cuba kita lihat pula pada Israel. Kawasannya berganda-ganda besar berbanding Palestin. Dan Negara Israel menjadi pemisah kepada kedua-dua kawasan ini.

Tahukah anda bahawa Negara Israel baru sahaja muncul di peta dunia pada 61 tahun lepas?

Ooo.. yeke…. Asalnya Negara Israel tu apa sebenarnya??

Haa… ni lah yang nak diceritakan. Tahukah anda bahawa keseluruhan Negara Israel itu adalah asalnya merupakan Negara Palestin?

Siyes???

Iye… 61 tahun dulu, puak Zionist telah merampas tanah orang-orang Palestin sedikit demi sedikit. Orang-orang Palestin yang menentang mereka telah ditindas, dihalau, dan ramai juga yang dibunuh dengan kejam. Sehingga kini mereka tidak henti-henti melancarkan serangan kepada rakyat-rakyat Palestin yang tidak bersalah itu, terutamanya di Gaza.


Kenapa nak serang Gaza je? Cane dengan Tebing Barat?

Gaza kini dipimpin oleh pemimpin-pemimpin Hamas, yang memenangi pilihanraya secara demokrasi, manakala Tebing Barat pula dipimpin oleh pemimpin-pemimpin Fatah, yang merupakan tali barut kepada Israel. Disebabkan Hamas menentang Israel sehabis-habisnya, maka Israel sudah tentu melancarkan serangan bertubi-tubi kepada mereka, biarpun berjuta nyawa yang dikorbankan.

Tetapi, Hamas dan rakyat-rakyatnya sudah tentu tidak akan berdiam begitu sahaja, lagi-lagi apabila Isarel tidak pernah berhenti daripada merampas hak-hak rakyat Palestin ini. Apabila mereka menyerangbalas, mereka sudah dilabel ‘pengganas’ oleh media yang di’control’ oleh Israel. Padahal mereka hanya ingin mempertahankan hak mereka. Jika perkara yang sama berlaku pada kita, sudah tentu kita juga akan bertindak dengan tindakan yang sama. Jika tidak, maka pengecutlah kita. Kita orang Islam bukan pengecut. Malah, kita orang islam telah diangkat darjat oleh Allah dengan kekuatan yang berlandaskan iman dan taqwa. Jika kita menyerah kalah dengan orang kafir durjana seperti mereka, maka kita telah member ruang pada mereka untuk terus menjatuhkan martabat agama kita sendiri. Seperti islam telah sujud kalah menghambakan diri pada mereka. Tetapi islam yang sebenarnya bukanlah selemah itu.

Itulah perjuangan Hamas dan rakyat-rakyat Palestin. Mereka tidak pernah sekali-kali berjuang semata-mata hanya dengan semangat nasionalism.

Jom kita reflex kembali peperangan pertama orang islam dengan golongan kuffar Quraish. Perang Badar. Apakah sebab terjadinya peperangan tersebut?

Ghazwah Badar ini tercetus pada 17 Ramadhan, 2H apabila Rasulullah SAW telah mengajak sahabat-sahabat Baginda untuk melakukan sekatan terhadap kafilah dagang Quraisy yang pulang dari Syam ke Mekkah, yang diketuai oleh Abu Sufian. Sekatan ini bukanlah dilakukan saja-saja, jauh sekali dengan niat untuk mencetuskan peperangan. Tetapi, itu merupakan peluang keemasan untuk mereka untuk mendapatkan kembali hak mereka, oleh kerana pada waktu itu, kafilah Abu Sufian ini sarat dengan harta dan barangan penduduk Makkah, yang terdiri dari seribu ekor unta penuh dengan muatan dan harta benda, dianggarkan tidak kurang dari lima puluh ribu dinar emas. Semua muatan itu adalah hak milik para muhajirin yang telah dirampas oleh musyrikin Quraisy.

Tetapi, disebabkan Abu Sufian telah menyedari akan rancangan Baginda, maka Abu Sufian dan kuncu-kuncunya telah malancarkan terlebih dahulu peperangan menentang Rasulullah SAW. Rasulullah SAW tidak berdiam diri, maka Baginda bersama 313 orang sahabat-sahabat Baginda bersiap sedia menerima serangan daripada 1000 orang musyrikin. Dengan pertolongan Allah SWT, tentera muslimin telah berjaya mematahkan serangan mereka.

Point yang ingin ditekankan di sana adalah bagaimana Rasulullah SAW juga telah mengajar kita untuk mempertahankan hak kita, dengan cara berhemah. Jika mereka tidak berkasar, maka kita juga tidak boleh mengasari mereka, tetapi menyelesaikan dengan cara yang lembut. Tetapi, jika mereka sendiri yang telah melancarkan serangan bertubi-tubi pada kita, bolehkah kita masih berdiam diri, atau pun just give in??

Rakyat-rakyat Palestin telah bersusah payah mempertahankan negara mereka daripada terus dijajah dan dirampas. Setiap hari hidup mereka sentiasa diancam maut. Tetapi, amat dikagumi, mereka tidak pernah sekali-kali berputus asa, apalagi lalai dari beribadah kepada Allah. Walaupun hidup mereka dibelenggu oleh peperangan, tetapi, mereka tidak pernah sesekali melupakan mutabaah amal (ibadah harian) mereka. Mereka tidak lupa untuk berzikir, mereka tidak lupa untuk solat sunat, ibadah-ibadah yang kita dalam keadaan ‘senang’ ini pun sentiasa ambil ringan.

Apakah peranan kita di sini?

Mungkin kita tidak mampu untuk berperang bersama mereka. Tetapi, janganlah kita lupa akan perjuangan mereka selama 61 tahun ini. 61 tahun mereka telah dijajah. Mereka bulan orang lain. Mereka adalah saudara kita. Saudara se’aqidah’. Nilai persaudaraan inilah yang perlu kita jaga. Sepertimana disebut dalam hadis sahih:
Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik RA, pembantu Rasulullah , dari Rasulullah SAW, Baginda bersabda:
“Tidak beriman salah seorang diantara kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Peranan kita:
1. Berdoa untuk ketabahan mereka dalam berjuang, dan akan kebebasan mereka.
2. Memberikan bantuan kewangan, pakaian dan segala keperluan kepada mereka.
3. Memberikan kesedaran ini kepada kenalan-kenalan, dan ahli keluarga kita.
4. BOIKOT barangan Israel!!!!

Untuk mengetahui tentang barang-barang yang perlu diboikot, bolehlah melawat ke link ini:


Bantulah rakyat-rakyat Palestin dengan dengan apa-apa cara sekalipun. Dan jangan sekali-kali kita menyumbang kepada Zionist untuk lebih mudah untuk menjatuhkan saudara kita sendiri.

Ya Allah, Kau lindungilah mereka di sana. Kau selamatkanlah mereka. Kau kurniakanlah kekuatan kepada mereka, kepada orang-orang yang berjihad di jalanMu. Tidak kira di Palestine, Afghanistan, dan di semua tempat, sepanjang masa. Hanya kepadaMu lah kami meletakkan seluruh pergantungan, ya Allah yang Maha Besar, Maha Kuat, Maha Perkasa, Maha Penyayang....

Wallahu a’lam...

p/s: Kisah Ghazwah Badar Kubra di atas adalah dirujuk dari Raheequl Makhtum.
p/ss: So nakbah tu apa??

5/11/2009

Nikmat Musim Exam

16 Jamadil Awwal 1430/11th May 2009
9:41am


Tahun terakhir... Semester terakhir… peperiksaan terakhir… penentu… Berdebar… cuak… semua perasaan bercampur baur. Mana tidaknya. Selepas ini, aku bakal melangkah ke alam yang lain pula. Setelah hampir 17 tahun aku bergelar pelajar, selepas ini aku bakal masuk ke alam pekerjaan pula. Apakah nasibku selepas ini?



Tinggalkan itu buat sementara waktu. Sekarang ini, aku mahu focus pada viva dan exam yang bakal berlangsung kurang dari sebulan. Giliranku untuk viva adalah pada 19th May pada jam 2:15pm. Antara rakan-rakanku, aku adalah orang yang terakhir untuk membuat presentation tentang final year project kami. Gementar sungguh rasanya. Tak suka untuk membuat public speaking. Ya Allah, kuatkanlah hati-hati kami.

Dahulu aku sering merasakan musim exam ini adalah satu musim yang banyak menghalangku daripada program-program luar. Daurah, talk, usrah dan sebagainya. Hatiku berasa sangat kering bila aku terlalu busy study untuk exam, kerana kurangnya pengisian ruh yang kuterima. Selalunya usrah banyak membantuku untuk refresh imanku kembali, dan mengembalikan aku kembali ke lingkungan sunnah selepas ‘futur’ (lemah semangat, kalah) di pertengahan jalan. Tetapi, bila tiba waktu exam, aku tidak dapat membusykan diri aku dengan program-program seperti itu lagi, untuk concentrate dalam study. Semua itu untuk islam juga. Tetapi, hatiku rasa kekosongan.

Hanyut dengan perasaan itu, aku kembali diingatkan oleh seorang sister. Kata-katanya itu betul-betul telah membuatkan diriku tertampar. Betul katanya. Peraasaanku itu telah mengggambarkan betapa tidak syumulnya diriku ini. Islam itu bukanlah terletak pada usrah semata-mata, tetapi pada keseluruhan hidup kita. Makan, minum, duduk, berdiri, berbual dan juga STUDY. Aku lupa tentang itu.

Pada zaman sekarang ini, mungkin kita tak dapat berjihad di medan perang seperti sahabat-sahabat Rasulullah SAW dahulu. Tetapi, aku ada medan lain di mana aku boleh berjihad padanya. Study adalah salah satunya. Dan salah satu ujian dalam medan study adalah exam. Pada waktu inilah segalanya teruji. Adakah aku ini benar-benar meletakkan niat studyku hanya untuk Allah ataupun sekadar melakukan sebagai rutin? Jika benar-benar aku study hanya kerana Allah SWT, sepatutnya pada waktu exam seperti ini, aku sudah tentu akan meletakkan sepenuh pergantunganku kepadanya. Ibadatku juga semakin bertambah. Qiamullail ku juga semakin bertambah. Hatiku juga semakin kuat kerana yakinnya akan pertolongan Allah. Dan kerana yakinnya akan segala keputusan itu telah pun tertulis. Hanya tinggal kita sahaja untuk menjalankan tugasan kita. study sungguh-sungguh. Berjihad. Jika di waktu ini, tingkat ibadahku masih di takuk yang lama, maka itulah sebagai indicator bahawa masih lemahnya imanku. Kalah dengan ujian dunia.

Oleh itu, jom kita sama-sama berjihad di medan yang kita masing-masing ceburi. Tak kiralah medan exam, pekerjaan, perkahwinan atau apa-apa sahaja. Jangan hadkan diri kita daripada menceburkan diri dengan dunia, kerana dunia itu memang sebagai hadiah untuk kita dari Allah SWT. Tetapi, ceburkanlah diri kita dengan apa sahaja di dunia ini dengan dasar iman dan taqwa. Ambillah apa sahaja opportunity yang ada dalam dunia ini, demi memartabatkan islam di mata dunia kembali.

By the way, saja nak bagitahu. This is my exam timetable:




Doakan kejayaan kita bersama ya!!

Wallahu a’lam…

5/04/2009

You've Got Only 2 Days Left!!!!

9th Jamadil Awwal 1430/4th May 2009
9:19 am


Aaarrghhhh!!!!! Final year project aku pun aku tak tau sempat siap ke tak. Thesis kene submit 6th Mei. Tapi, test pun aku tak buat lagi. Apa lagi nak dapat result. Apa aku nak tulis dalam thesis aku ni?? Skang ni baru siap 5522/10000 words. Uwaaa!!! Mahu nangis… Sempat ke ni...sempat ke ni....??!!!


Hey, kenapa mahu menangis sekarang? Bukankah dahulu kau yang beriya-iya berseronok-seronok, membuang masa dengan perkara-perkara yang tak berfaedah? Dahulu, jika kau ada masa lapang, kau habiskan masa dengan Youtube la.. movie korea la.. itu la.. ini la… sekarang.. inilah padahnya!!

Mm… fenomena ini sudah terlalu biasa terjadi di kalangan kita, terutama para student. Jika kita diberikan kerja-kerja atau assignment, kita selalu mengambil sambil lewa. Tunggu sehingga last minute, barulah kita kelam-kabut untuk menyiapkan kerja kita tersebut. Padahal, masa-masa lapang yang telah dikurniakan pada kita sebelum ini, kita buang begitu sahaja.
“Ala.. tak ade masa la… aku memang busy sangat.. banyak sangat kerja.. memang tak dan la nak siapkan sume keje ni.. lecturer ni pun satu.. ade ke patut kasi banyak-banyak kerja sekaligus. Ingat aku ni robot ke??”

Mm… alasan macam ini pun selalu sahaja kita dengar. Alasan seperti banyak kerja, tak sempat, dan yang paling teruk sekali, kita menyalahkan orang lain dengan ketidak sempatan kita untuk menyiapkan kerja yang diberikan itu. Padahal, banyak pula masa kita untuk dihabiskan dengan bersuka-ria, menonton wayang dan sebagainya.

Itulah akibat apabila kita sangat gemar untuk mencampur-adukkan antara yang halal dan yang haram atau pun syubhah.

Cuba kita bayangkan, di satu restoran, kita telah order segelas air jus oren. Apabila kita dapat saja air jus yang telah diorder tersebut, kita dapati di dalam air tersebut ada beberapa ekor semut “kelemasan”. Kita terus jadi tidak senang atau lebih teruk, berasa marah, lalu kita memanggil waiter di restoran itu untuk mengadu akan hal tersebut. Kita memilih untuk tidak meminum air tersebut kerana berasa ia tidak bersih dan sebagainya. Atau pun, cuba bayangkan gelas yang mengisi air jus tersebut terdapat bekas gincu. Sudah tentu kita terasa jijik untuk meminumnya, padahal boleh sahaja kita meminumnya dari tempat yang tidak terkena gincu itu.

Begitu juga halnya dengan diri kita dengan Allah. Apabila kita telah mengotori jiwa kita dengan perkara-perkara lagha, yang melalaikan kita dari menjadi seorang muslim yang sempurna, adakah layak untuk kita mendapat pertolongan Allah itu?

Ya, Allah itu Maha Pemurah, Maha Penyayang. Memang Allah sayangkan kita. Apa yang kita harapkan, sepatutnya Allah akan kasilah… Tapi, jangan lupa akan sunnatullah yang telah Allah tetapkan. Barang siapa yang berusaha, dialah yang akan mendapat kejayaan. Dan berusaha itu tidak cukup jika tidak disematkan dengan rasa pergantungan kepada Allah, iaitu berasa redha dengan apa jua hasil kerana segala hasil dari usaha itu hanyalah datang daripada Allah. Pergantungan atau tawakkal itu pula tidak cukup jika kurangnya keimanan kita kepada Allah.

Sebab itu, kita perlu sentiasa tanya pada diri kita sendiri di atas kegagalan kita dalam sesuatu pekerjaan. Daripada kita menyalahkan sesuatu atau orang lain, cuba untuk kita cermin kembali diri kita, apakah silapnya kita. Adakah aku telah melakukan sesuatu dosa atau perkara yang dibenciNya, yang menyebabkan Dia tidak memberkati segala pekerjaanku? Dengan bertanyakan soalan-soalan seperti itu, kita akan berusaha lebih kuat lagi untuk memperbaiki diri dari semua segi supaya menjadi seorang insan yang lebih baik, terutama dari pandangan ‘mata’Nya.

Pada pendapatku, kerja-kerja seperti assignment dan projek tidak boleh dijadikan alasan atau penghalang untuk kita daripada terus mencari majlis-majlis ilmu yang boleh mengisi hati-hati kita. Sesungguhnya hati kita memang sentiasa kelaparan. Hati kita sentiasa memerlukan makanan yang boleh meningkatkan keimanan kita pada Allah. Itulah fitrahnya. Jika ia tidak diberikan hak yang sepatutnya, oleh kerana itu kita sentiasa tidak tenang. Kerana nikmat ketenangan itu milik Allah. Jika hati kita itu diisi dengan sinaran tarbiyyah, insya Allah, Allah akan memudahkan segala pekerjaan kita, kerana kita percaya, segala isi dunia ini hanya datang dengan izinNya.

Aku sangat suka dengan rahsia kejayaan yang dari awal lagi Allah telah revealkan untuk kita:

“Hai, orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan satu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya. Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga Adn. Itulah keberuntungan yang besar. Dan kurnia lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman.” (61:10-13)

Lihatlah!! Inilah janji Allah. Dan kita sentiasa janji Allah pasti benar. Kerana Allah itu Maha Benar! Kerana apa lagi kita masih ingin tetap melakukan perkara-perkara yang Allah benci, padahal kita sentiasa mengimpikan pertolongan daripada Allah dan kemenangan atau kejayaan yang dekat? Adakah kita percaya kita boleh mendapat kejayaan dari jalan yang lain selain yang datang dariNya? Sudah tentu tidak. Terang sudah Allah nyatakan dalam firmanNya dengan beriman kepada Allah dan RasulNya sahaja, kita dijaminkan kejayaan itu. Keimanan itu sudah tentu tidak boleh datang bergolek begitu sahaja. Tetapi, memerlukan masa yang amat panjang. Di sinilah peranan tarbiyyah yang mengisi hati kita. tanpa tarbiyyah, kita akan mudah lalai. Tarbiyyah itu menguatkan hati kita.

Jom kita sama-sama berusaha ke tangga kejayaan!!!! Di dunia dan di akhirat insya Allah…

- never underestimate the power of du'a -

p/s: doakan saya colloquium n viva 19th may ni ye... berdebar ni...

Wallahu a’lam…

4/14/2009

silaturrahim...??

18 Rabi’ul Akhir 1430/14th April 2009
8:30 am


Sejak kebelakangan ini, terlalu ramai yang datang kepadaku dengan pelbagai cerita. Ada cerita ‘hot’, ada cerita dingin. Ada cerita best, ada cerita yang kurang enak. Ada cerita gembira, ada cerita sedih. Dan aku hanya menjadi pendengar setia.


Salah satu cerita yang paling ku asyik terfikir-fikirkan adalah apabila seorang rakan berasa tidak puas hati dengan rakan yang lain. Mendengarkan ceritanya, aku berfikir, jika aku berada di tempatnya, aku juga akan berfikiran yang sama.

Aku kerap menghadapi masalah dengan rakan-rakanku. Bermacam-macam kisah. Kerana rakan-rakanku juga bermacam-macam ragam. Dan tidak pada semua rakanku itu aku dapat tahan dengan perangai mereka.

Namun, aku semakin dewasa. Aku belajar untuk mematangkan diri untuk cuba berinteraksi dengan mereka dengan cara yang sesuai. Tak semua orang juga akan dapat menerima kita seadanya. Sebagaimana kita mahu dilayani, seperti itu juga kita perlu melayani orang lain. Kita tidak boleh expect semua orang akan menerima sahaja cara kita.

Berbalik kepada kisah rakanku tadi. Mendengarkan kisah rakanku ini, aku berasa kasihan. Kasihan kerana dia menjadi mangsa keadaan. Dia menceritakan kepadaku tentang rakan-rakannya yang memulaukannya tanpa sebab yang munasabah. Apabila dia menceritakan, sewaktu mereka semua bekerja bersama dalam suatu event, masing-masing mengungkitkan tentang ‘jasa’ masing-masing dalam menjayakan pekerjaan mereka. Dan rakanku ini kerap dipersalahkan kerana ‘jasa’nya dalam pekerjaan mereka itu tidak nampak terlalu significant. Maka, rakanku ini rasa tersingkir dan dipulaukan. dan pekerjaan yang mereka lakukan itu tidak mencapai kejayaan seperti yang diidam-idamkan, atau seperti yang disangka-sangkakan.

Mmm… terimbas lagi ke kenangan lalu. Seperti kisahku dilakon semula.

Anyway, akhirnya rakanku itu berkata, dia sudah terasa muak untuk berkawan dengan mereka lagi. Dia menganggap sahabat-sahabatnya itu sungguh keanak-anakan kerana melayannya seperti itu. Dan mulai pada saat itu, dia tidak mahu lagi bekerjasama dengan mereka.

Ya, jika aku menjadi dia, aku juga akan berfikiran seperti itu. Namun, aku bukan lagi manusia yang hanya mengikut perasaan. Kini, aku mahu membuat sesuatu mengikut fikiran yang waras dan rasional, dan juga matang.

Apa yang boleh aku katakan kepadanya adalah teruskan bersabar. Namun, buat masa ini, cubalah untuk tidak berurusan dengan mereka dahulu. Ini bukanlah untuk memutuskan terus ikatan persahabatan antara mereka. Tetapi, ini adalah salah satu cara yang terbaik untuk menjernihkan kembali hubungan antara mereka.

Aku teringat akan pepatah melayu: Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita bersaudara…

Fenomena seperti ini seringkali berlaku dalam kehidupan seharian kita.

Kita sudah tentu tidak boleh mengawal atau mengemudi apakah pandangan orang lain terhadap diri kita. Namun, kita sudah tentu ingin menjadi seorang yang sentiasa dipandang baik oleh semua orang. Bukan dengan niat ingin menunjuk-nunjuk, tapi untuk menjaga silaturrahim. Masakan kita boleh berhubungan baik dengan orang sekeliling kita, sedangkan mereka mengata-ngata di belakang kita (kecuali orang yang HIPOKRIT).

Hanya satu cara untuk menjaga imej kita adalah, elakkan diri kita sendiri bermusuhan dengan orang lain. Jaga tatasusila kita. Jaga gaya komunikasi kita. Jaga perhubungan kita, terutamanya dengan Allah.

Jika kita masih menjadi buah mulut orang, maka itu bukanlah di bawak kawalan kita. Lihat sahaja sirah Rasulullah SAW (Subhanallah… memanglah al-Quran itu menjadi panduan hidup). Kita semua tahu akan akhlaq Baginda. Akhlaq Baginda itu al-Quran. Namun, adakah Baginda sentiasa hidup senang tanpa gangguan tohmahan orang lain? Semestinya tidak! Malah, Baginda pernah diejek-ejek sebagai orang gila kerana membawa risalah Allah. Namun, adakah itu salah Baginda? Perlukah Baginda berhenti daripada berdakwah semata-mata untuk mengembalikan hubungan baiknya dengan orang Quraisy? Sudah tentu tidak. Baginda terus berdakwah. Namun, pada masa yang sama, Baginda tetap berbuat kebaikan dengan semua orang di sekelilingnya. Baginda tetap memberi dan menyuapkan makanan ke mulut orang tua yang tidak pernah henti mencacinya. Itulah sifat Baginda yang perlu kita teladani.

Moral of the story: Tak perlulah kita terlalu ‘melatah’ dengan apa yang diperkatakan orang kepada kita. Yang paling penting adalah kita sentiasa muhasabah diri kita. Cuba fikir kembali apa yang telah kita lakukan sehingga terdapat persepsi yang buruk terhadap diri kita. selepas itu, cuba perbaiki diri untuk menjadi insan yang lebih baik. Demi Allah.

Dari Abi Umamah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Luqman berkata kepada anaknya:....... ‘Ingatilah dua perkara dan lupakanlah dua perkara: Ingatlah Allah dan mati. Lupakanlah kebaikan kamu kepada manusia dan kejahatan manusia kepada kamu.’” (Wasiat 74-84: Rowaiu’l Hikam)


Wallahu a’lam...

3/17/2009

Ini Sejarahku (Part 2)

20 Rabi’ul Awwal 1430/17th March 2009
8:13 am


Pada cuti summer, seorang rakanku telah memperkenalkan aku dengan satu program di Kelantan. KIBAR. Kursus Intensif Bahasa Arab. Aku berminat. Sudah lama aku meninggalkan bahasa itu yang dahulunya aku minati. Pada mulanya, ada seorang kakak yang agak keberatan ingin membenarkan aku mengikuti kursus ini. Alasannya, dia takut aku akan terkejut dengan pengisian-pengisian yang berat yang bakal aku akan dengari di sana. Aku berasa keliru. Apa salahnya untuk aku dengar? Kalau aku tak faham, aku akan bertanya. Paling-palingpun, aku akan mendiamkan diri sahaja. Setelah berfikir, aku menetapkan keputusanku. Aku pun bersama rakanku itu bertolak ke Kelantan menyertai kursus itu.

Memang benar. Keadaan di situ sungguh membuatkan aku terpana. Rata-rata yang menyertai kursus itu adalah mereka yang bertudung labuh, dan berpakaian labuh. Menutup aurat dengan lengkap sekali. Aku menjadi segan. Pakaianku tidaklah se’solehah’ mereka. Sedangkan stoking pun aku tidak bawa banyak. Kadangkala aku tidak mengenakan stoking pun sewaktu kelas diadakan.

Aku berasa tenang sewaktu di program itu. Aku suka dengan suasana ketika itu. Suasana yang amat baik. Bi’ah solehah. Di waktu itulah aku seringkali terfikir. Mengapa tidak aku jadi seperti mereka? Padahal dahulu aku juga bersekolah agama.aku tahu banyak hukum agama. Tahu? Oh, baru aku sedar. Aku hanya sekadar tahu. Tapi, hatiku ini kurasakan sungguh kotor kerana tidak terfikir pun untuk mengamalkan ajaran-ajaran islam itu.

Aku perhatikan mereka. Tidak pernah sekali-kali aku melihat mereka membuang masa apabila mereka diberikan masa rehat. Jika mereka bersendirian, rata-rata aku melihat mereka semua sungguh khusyuk menelaah al-Quran. Atau pun, mereka bersolat sunat. Aku kagum. Mereka sungguh istiqomah.

Apabila aku pulang dari program tersebut, aku mula berazam. Aku ingin berubah. Aku ingin berubah untuk menjadi seperti mereka.

Sepulangnya aku ke UK semula, aku telah diserapkan ke dalam sistem usrah. Dalam sepanjang aku berusrah inilah aku telah diberikan tarbiyyah. Tarbiyyah yang telah banyak mendidik hatiku, melembutkan hatiku. Menjadikan aku lebih memahami apakah erti islam itu sendiri. Astahfirullah al-Azim… aku sudah banyak tersasar dari jalan jalan lurus itu. Kerana betapa jahilnya aku tentang deenku ini.

Sedikit demi sedikit, aku mula menjinakkan diri untuk berpakaian labuh. Menutup aurat. Bukan untuk menunjuk-nunjuk. Tiada sekali-kali aku berperasaan untuk berperasaan ‘ujub. Na’uzubillah. Minta Allah jauhkan aku dari sifat terkutuk itu. Namun, niatku hanya satu. Inilah yang telah diajar oleh Rasulullah. Inilah yang Allah minta setiap hambaNya untuk lakukan. Sudah terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan. Aku mahu menebus kembali dosa-dosaku yang telah lalu. Aku ingin menjadi qudwah kepada orang lain. Kerana aku ingin sahabat-sahabatku yang lain turut merasa nikmat Islam yang telah dapat kurasai pada saat ini. Oleh kerana itu, perkara paling kecil yang boleh aku sumbangkan adalah menunjukkan contoh terbaik buat mereka, dan mempamerkan sendiri keindahan islam itu. Namun, ya… itu sangat sukar. Kerana ia perlu dibentuk dari dalam. Iaitu dari hati.
Hidayah itu hanya milik Allah. Allah sahajalah yang berkuasa untuk membalik-balikkan hati manusia. Aku sentiasa berdoa semoga Allah tetapkan aku dalam jalan yang lurus ini. Aku sentiasa berdoa supaya Allah sentiasa melindungi diriku ini dari mengikut nafsuku yang menjebakkan aku ke arah kemaksiatan.

Hidayah itu sudah berada di depan mata. Lihatlah dunia ciptaanNya ini. Lihatlah dirimu sendiri. Betapa indahnya ciptaanNya. Dia memudahkan kita untuk bergerak. Pernah tak kira berasa tidak selesa, dan merungut apabila nikmat kesihatan kita itu ditarik? Pernah tak kita merungut apabila kita sakit-sakit badan sehingga kita sukar untuk bergerak untuk membuat kerja-kerja seharian kita?

Lihatlah betapa Allah itu Maha Berkuasa ke atas kita. Kerana diri kita ini milikNya. Kita hidup kerana Dia. Maka seluruh hidup kita ini hanyalah untuk Dia. Dan apabila kita menghembuskan nafas kita yang terakhir, kita akan kembali bertemuNya. Dan apakah yang akan kita sembahkan di hadapanNya nanti? Semuanya terpulang pada kita. Sementara kita masih hidup, fikir-fikirkanlah…

“Ya Allah… Kau kurniakanlah kepada kami hidayahMu ya Allah… Kau ampunkanlah dosa-dosa kami. Dan Kau lindungilah diri kami dari bahang api neraka itu… “

Ucapkanlah "SAYONARA JAHILIYYAH"...!!!

Wallahu a’lam…