Lihatlah juga akan rezeqi (baca: duit gaji) kita. Sudahkah kita menyerahkan sebahagiannya kepada mereka yang berhak? Kaum karabat kita? Lihatlah ibu bapa kita. Sudahkah kita menyerahkan haq pada mereka? Biarlah sekecil manapun gaji kita, janganlah pernah berkira untuk bersedeqah untuk kedua-ibu bapa. Kita tak akan dapat terbayang sejauh mana pengorbanan mereka pada kita. Sejak kali pertama kita nampak dunia, bermulalah episod pengorbanan sepasang ibu bapa demi kebahagiaan anaknya.
10/28/2013
Bersedeqahlah walaupun sempit
Lihatlah juga akan rezeqi (baca: duit gaji) kita. Sudahkah kita menyerahkan sebahagiannya kepada mereka yang berhak? Kaum karabat kita? Lihatlah ibu bapa kita. Sudahkah kita menyerahkan haq pada mereka? Biarlah sekecil manapun gaji kita, janganlah pernah berkira untuk bersedeqah untuk kedua-ibu bapa. Kita tak akan dapat terbayang sejauh mana pengorbanan mereka pada kita. Sejak kali pertama kita nampak dunia, bermulalah episod pengorbanan sepasang ibu bapa demi kebahagiaan anaknya.
9/21/2013
Eyes on the prize
2/17/2013
Semangat Orang Muda
Berpuluh rancangan bermain di kepala. Menonton wayang, kah? Bermain badminton di pusat sukan, kah? Shopping, kah? Atau hanya lepak-lepak bersama kawan-kawan, kah?
Wah, semangat betul orang muda. Itulah fitrahnya. Bukankah seringkali kita dengar akan hadis ini:
Kadang-kadang rasa sukar, kan?
11/14/2012
Muhasabah
3/19/2012
Sampai bila kita harus redha?
Betullah seperti apa yang sering diperkatakan:
“Kita hanya merancang, tapi Allah lah yang menentukan. Dan Allah is The Best Planner of all.”
Tetapi, kadang-kadang kata-kata ini seolah-olah diguna pakai di semua tempat. Akibatnya, manusia akan menjadi kurang bersungguh-sungguh.
Kenapa pula jadi begitu?
Saya memandang dari sudut tarbiyyah. Katakanlah pada satu masa tertentu itu, kita seharusnya (ke sewajibnya?) menghadiri satu program (usrah?). Persiapan sudah dilakukan. Kelengkapan sudah tersedia. Namun, ketentuan Allah mengatasi segala-galanya. Pada masa yang sama, kita dikehendaki menghalakan arah tuju kita ke destinasi yang lain. Dan kita seolah-olah tidak diberikan pilihan lain, tapi terpaksa akur.
Dan di sinilah kata-kata ini terpacul dari bibir kita. “Kita hanya merancang, tapi Allah lah yang menentukan. Dan Allah is The Best Planner of all.”
Ya, mungkin sahaja kita berada dalam keadaan yang amat tersepit. Tetapi, ke mana perginya kekuatan jihad kita?
Ya, mungkin sahaja kita tidak dapat lakukan apa-apa, kecuali hanya menurut. Tetapi adakah kita akan terus redha?
Di manakah seruan jihad yang kita laung-laungkan dahulu? Agama versus dunia? Dunia mungkin memaksa, tetapi Deen juga perlukan kita!
Wallahu a’lam.
“Ya Ayyuhal lazina aamanuu, li ma taquuluna maa laa tafa’luun”
Coretan di atas amat kena-mengena dgn yg hidup, dan mungkin hati yg mati. Terutama diri saya sendiri. Astaghfirullah… astaghfirullah… wa astaghfirullah al-‘Adzim…
11/03/2011
Suka? Tak suka? Mahu? Tak mahu?
12:15 pm
Saya suka untuk memulakan post saya kali ini dengan sebuah dialog.
(Padahal selalu je post sebelum ni start ngn dialog pon.. huhuhu…)
A: Ish.. Cuak ah nak gi usrah kali ni… Rasa cam tanak pegi je…
B: Kenapa lak?
A: Kali ni sume usrahmates berbeza. Tak kenal langsung sume orang. Naqibah pun dah tukar naqibah baru. Segan gile kot… X tau leh ngam ke tak.
B: Laa… Sebab tu je? Wahai Si A, pegi jela usrah tu. Selagi tak pegi, maka tak kenal. Selagi tak kenal, maka tak cintalah… Semua benda akan bermula dengan perkenalan kan?
-- Sambung Si B lagi --
B: Haaa… tu hati dah kene cucuk ngn setan tu… jage-jage….
A: ............
……………………………………..
Suka juga saya untuk berkongsi satu pepatah (ciptaan sendiri.. tetapi adaptasi dari pembacaan dan pengalaman… huhuhu…)
“Jalan tarbiyyah ini bukan jalan untuk bersuka-ria… Bukan jalan untuk hanya mengisi masa… Bukan jalan yang boleh dipilih-pilih, mana mahu, mana tak mahu…”
Nama juga sudah tarbiyyah. Sudah tentu di sepanjang jalan ini, kita akan merentasi satu cabaran yang amat kita tidak sukai. Malah, mungkin benci. “Kenapa aku perlu lalui semua ini?”
Percayalah. Itulah hakikat tarbiyyah. Jika kita boleh memilih dengan apa kita ingin dididik, maka, itu bukan pentarbiyyahan yang sebenarnya.
Jalan tarbiyyah bukan semata-mata attend usrah untuk mendengar pengisian. Itu hanya one part of it. Tetapi, sebahagian besarnya adalah selain daripada itu. Mungkin dari segi kerelaan untuk bekorban. Jika kita diminta untuk attend usrah hutan belantara (misalannya), adakah kita sanggup? Jika kita diminta untuk travel 4 jam, dan spend RM100 (or GBP50 ke…) utk attend ke usrah, adakah kita sanggup? Teringat seorang ukhti yang sangat hebat dalam proses pentarbiyyahannya. Travel dari utara ke selatan menaiki train. Saban minggu!! Usah dikira berapa banyak duit yang dihabiskan. Tapi, untuk apa pun kita memerlukan duit, kalau bukan untuk Allah jua?
Saya suka untuk berkongsikan pengalaman saya dalam satu cabaran dalam proses pentarbiyyahan saya (yang tak seberapa ni).
Saya adalah seorang yang sangat kurang (atau tak reti) bersosial. Dalam erti kata lain, sukar memulakan perkenalan. (Jadi kalau saya tak tegur, or jalan tunduk ke apa.. Bukan sebab sombong… tapi segan gile sebenarnye… satu benda yang perlu diubah). Jadi pertukaran naqibah atau usrahmates sebenarnye adalah cabaran yang agak getir buat saya.
Saya sudah berpengalaman bertukar naqibah sebanyak 4 kali. Usrahmates?? Apa lagi… Tak boleh nak kira dah. Jika saya sudah agak thiqah dengan seorang naqibah, tetiba, saya terpaksa menerima naqibah baru, saya tidak tipu, “ya Allah… boleh tak aku taknak pegi usrah ni… “
Yess… I had that feeling before.. And I really regret that. Ya Allah, please forgive me…
Tetapi, itulah yang di namakan tarbiyyah. Allah ingin mendidik hati kita supaya mencintai apa yang perlu, demi deen Allah ini dapat ditegakkan.
Kalau sudah sampai seruan untuk kita berjihad menentang pihak Thagut, relakah kita untuk berkorban? Ujian sikit pun dah tak sanggup, apa lagi ke medan jihad!!
Saya mengungkap kata, adalah sebagai peringatan kepada diri sendiri terutamanya. Di atas kedhaifan diri inilah saya menulis supaya peringatan-peringatan amat penting buat saya untuk terus thabat atas jalan ini. Tetapi, amatlah suka saya untuk berkongsi peringatan ini dengan sisters yang lain supaya kita sama-sama dapat pengajaran. Sharing is caring kan? Sesungguhnya hidayah itu milik Allah….
Wallahu a'lam
5/15/2011
Anak-anak Kita…
13th May 2011/10th Jamadil Akhir 1432
“How do you expect kids to listen to their parents as, Tarzan lives half naked, Cinderella comes back home at midnight, Pinocchio lies all the time, Aladdin is the king of thieves, Batman drives at 320KM/h, Sleeping beauty is lazy and Snow white lives with 7 guys. We shouldn’t be surprised if kids misbehave at times! They get this from their own storybooks...”
Pernah tak anda encounter statement begini di halaman facebook anda? Saya melihat statement ini semasa it was posted by one of my student di UM. At the first time I read the statement, somehow I felt like... “Oh my, this is so true....”
Sedar atau tidak, sejak dari kecil lagi kita telah dididik dengan kisah-kisah yang kurang bermoral (saya tidak cakap tak bermoral langsung, sebab some fairy tales mesti ade morale of story, walaupun hanya sedikit). Jadi tidak hairanlah apabila kanak-kanak yang dihidangkan dengan kisah-kisah seperti itu, apabila sudah dewasa, gagal menjadi manusia yang berakhlaq.
---------------------------------------------------------------
Seketika di Baby’s Fair...
“Kakak, do you believe in early education?”
“Yes, of course I do.”
“Now, let me explain to you what we’ve got here to offer you...”
Wanita berbangsa India itu pun meneruskan ‘explanation’nya tentang product yang dijualnya. At first, I pretended that I wasn’t really interested. But, her explanation made my heart opened. In the preparation to welcome my first mujahid, I almost forgot about this small, yet, very crucial point.
Not that I haven’t started anything to educate our first soon-to-be-born son. It just... there are more to be done. And that Indian lady just taught me and my hubby how to do it.
About 15 minutes we were there listening to her.
“So, kakak... Are you interested?”
“Yes.”
I doubted. At first, I almost wanted to say... “Ok, I want to have the whole package.” But my hubby said...
“But, we need some times to consider about it. We’ll have a look around this fair first. If we decide to have this package, we’ll come back.”
Walaupun wanita tadi agak keberatan melepaskan kami, at last, she let us go.
Dalam perjalanan kami pusing-pusing di sekitar fair tersebut, we had our discussions.
As a result, we didn’t go back. Instead, we realised something.
In Malaysia, we lacked of Islamic material to educate our children. Ada memang ada. But, so limited.
While they keep momok’ing our children with all the Disney’s fairy tales, our children slowly is kept far away from the tales of our prophets, sahabah and sahabiah. Why? Like the Indian lady said, “Sape tak kenal Mickey Mouse? Sape tak kenal Cinderella?”
So, the point here is, the parents should be educated first.
Let’s fill our hearts with the knowledge of Islam, and practice them. Let’s build the real Baitul Muslim, and move towards the Islamic world order….!!
Wallahu a’lam
8/14/2010
Ujian… Nikmat atau Bala?
9:26 am
“Kusangka panas hingga ke petang. Rupanya hujan di tengahari…”
Begitulah bidalan melayu yang sering didengarkan apabila seseorang ditimpa kesusahan.
“Mana ada bumi tak ditimpa hujan, mana ada langit yang tak berdentum guruh.”
Dan seringkali juga hujan itu dikaitkan dengan musibah dalam hidup kita. Padahal pernah tak terfikir bahawa hujan yang dianologikan sebagai musibah itu, Allah telah kurniakan untuk kita sebagai satu nikmat yang amat besar dan berharga? Pernah tak terfikir apa akan terjadi pada kita jika negeri kita ditimpa kemarau, walau hanya untuk sehari?
“Allah-lah yang telah menciptakan langit dan bumi dan menurunkan air hujan dari langit, kemudian Dia mengeluarkan dengan air hujan itu berbagai buah-buahan menjadi rezeki untukmu, dan Dia telah menundukkan bahtera bagimu supaya bahtera itu berlayar di lautan dengan kehendak-Nya, dan Dia telah menundukkan (pula) bagimu sungai-sungai.” (14:32)
Itulah peranan hujan, di mana dari hujan itu Allah menumbuhkan rezeki untuk kita. Semuanya adalah untuk kebaikan manusia. Tidak Allah turunkan hujan hanya kerana sebab yang sia-sia belaka.
Begitulah juga dengan hakikat ujian atau dugaan dalam kehidupan kita. Tidak pernah Allah menurunkan ujian pada kita hanya untuk menyusahkan kita. Tidak pernah sama sekali. Bukankah acapkali kita melafazkan “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani”? Adakah kita benar-benar mengimani ucapan kita itu? Ataukah kita hanya sekadar omong-omong kosong?
Sudah termaktub dalam kitab suci al-Quran akan peranan besar sesebuah ujian dan dugaan itu…
“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?” (29:2)
Jelaslah bahawa Allah menurunkan ujian buat kita hanyalah semata-mata untuk menilai keimanan kita terhadapNya. Sejauh mana kita kembali kepadaNya apabila hidup kita ditimpa sesebuah musibah. Adakah kita bersabar, redha, tawakkal dan terus berusaha? Atau adakah kita hanya tahu merungut dan mula bersangka buruk terhadap Allah? Na’uzubillah. Takut benar… Sedar tak sedar… Kita gagal dalam ‘ujian penilaian’ iman kita…
Sekarang, cuba tanya pada diri kita sendiri. Pada waktu bilakah kita kita lebih mengingati Allah? Pada waktu senang atau pada waktu susah? Rasanya, rata-rata dari kita kebanyakkannya akan menjawab pada waktu diri kita ditimpa kesusahan. Kerana pada waktu itulah kita akan paling banyak berdu’a berbanding waktu selainnya. Pada waktu itulah kita baru menyedari bahawa hanya Allah sahaja yang berkuasa menarik kembali kesusahan atau musibah itu daripada kita. Pada waktu itulah kita akan meletakkan sepenuh pergantungan pada Allah.
See? Sweet tak Allah? Tidakkah kita merasa bahawa Allah sengaja untuk menimpakan kesusahan pada kita hanya untuk membantu kita untuk kembali padaNya? Tidakkah kita merasa tujuan musibah itu adalah untuk memulihkan kembali hubungan kita denganNya? Aku tidak tahu dengan orang lain, tapi aku benar-benar merasai betapa Allah amat-amat menyayangi kita. Oleh sebab itu, Allah menduga kita. So sweet…….~~
Tapi sebaliknya berlaku di kalangan kita. Kita lebih suka merungut berbanding redha dan bersyukur. Teringat aku pada kisah Saidina Ali R.A yang menangis kerana tidak diuji, bimbang Allah telah melupakannya. See? Inilah ciri-ciri orang yang mempunyai keimanan yang kuat pada Tuhannya.
Dan kita lebuh suka bersungut, daripada untuk memperbanyakkan istighfar. Padahal pada waktu itulah segala dosa-dosa kita yang lampau boleh terhapus….
“Tidaklah seorang muslim tertimpa keletihan, sakit, kebingungan, kesedihan dan keruwetan hidup, atau bahkan tertusuk duri, kecuali Allah menghapus dosa-dosanya.” (HR. Muttafaq Alaih)
Subhanallah… nikmat apa lagi yang lebih besar dari keampunan Allah SWT. Kita tidak akan dapat membayangkan betapa banyaknya dosa kita padaNya selama ini. Dengan hanya sedikit kepayahan, walaupun hanya sekadar tertusuk duri, Allah SWT menurunkan maghfirahNya kepada kita. Memang benarlah Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Pengampun.
Tapi ada syarat untuk itu.
Apa syaratnya?
SABAR…
“Dan sungguh akan Kami berikan COBAAN kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah BERITA GEMBIRA kepada orang-orang yang SABAR, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, "Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun" (sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya lah kami kembali). Mereka itulah yang mendapat AMPUNAN dan RAHMAT dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang MENDAPAT PETUNJUK.” (2:155-157)
Hadiah yang amat-amat-amat-amat-super besar…
(1) maghfirah (keampunan)
(2) rahmat
(3) hidayah
Siapa yang tak nak?
Kalau nak, syukurlah dengan musibah yang Allah turunkan buat kita.. Sabar.. sabar…
P/s: Salam Ramadhan. Berebut-rebutlah dalam memperbanyakkan ibadah dalam bulan MEGASALE ni ye…


